Sunday, November 17, 2013

Ayam Kicap Mudah Dan Sedap

ayam kicap

Hai senaaaahhhh...... 'semalam ai masak u'. kite masak ayam kicap. uuuiiiii.... sedap tau senah. Memula bebudak tu semuanyer aksen cakap tak sedap la, busuk la bau dia, tak nak makan la. Ngada-ngada tau awak orang nih, Nanti dah rasa baru awak orang tahuuuuu........ Siap la awak orang semua. Akak marah anakkkkk senah wehhhhh....kih...kih...kihhhh.....

Biasa akak masak resepi kicap macam klik sini. Tapi kali ni kite ubah, masak stail lain sebab nak guna daun limau purut yang di tanam tapi jarang guna. Dari segi rasa emmm....... dua-dua sedap senah weyyyyy...... tapi nampak yang campur sos tu yang paling bebudak suka. Mungkin sebab kuahnya likat sikit dan ada rasa manis-manis sos. Senah nak tahu resepi diaaaa.... Walau tak mintak akak tetap nak kongsi resepi hihihihih...... kite kan pemurah tarak kedukut punya olag ahaks...... Jom tengok bawah

Resepi Ayam Kicap

Bahan- bahan kena ada:

Ayam - diperap garam kunyit dan di goreng
bawang merah besar 1 labu - dimayang dan ditumis
bawang merah 1 labu - di hiris untuk hiasan
bawang puteh 1 ulas - dicincang halus
halia 2 inci - dihiris macam batang mancis
cili merah - dimayang sebagai hiasan
sos cili
sos tomato
kicap manis cap kipas udang
setengah cawan air masak
dua tiga helai daun limau purut

Cara masak:

Goreng ayam hingga masak sempurna. Guna kuali lain, tumis bawang merah yang dimayang, bawang puteh serta halia. Masukkan kicap, sos cilii dan sos tomato. Tambahkan sedikit air masak.

Bila dah nampak cantik berkilat, masukkan ayam, balik2kan dalam kuah tadi.
Masukkan lebihan air masak, hirisan bawang merah, cili merah dan daun limau purut. Kecilkan api.

Biarkan kuah likat dan nampak naik minyak, baru ditutup api.

Dah siap.... ahhhhh wangiiii nyerrrr bau ayam kicap tu bila dah masuk daun limau purut . * Tak perlu ditambah garam sebab rasa kicap dah secukup rasa ditambah dengan ayam goreng yang dah digaram-kunyit.

pisstttt....pissssttttt akak punya semua main blend sebab bebudak tuh tak suka makan bawang bagai hahahhaha....... mesin pun sedap gak. Bye

No comments: