Friday, April 30, 2010

Ikan Selar Masak Kicap


Salam utk semua
Menu tengahari melor sekeluarga hari ni ialah ikan selar masak kicap. Biasa lah melor bila masak resepi ye mesti yg simple2 aje. Walau pun simple tapi terangkat bila makan gan nasi panas2 .

Bahan-bahan:

2 ekor ikan selar
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 potong halia*
5 biji cili kering*
sedikit rempah kasar - cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Kicap manis
air asam jawa
sedikit air kosong
Bawang besar di potong bulat (hiasan)
cili merah @ cili padi (hiasan)
sedikit Garam dan gula (Klu suka )

Cara memasak:

Ikan di gaul dgn garam dan kunyit. Lepas tu di goreng. Bila masak angkat dan ketepikan. Kisar bhn yg bertanda *. Panaskan minyak pabila minyak panas tumis rempah kasar dulu diikuti bahan yng dikisar tumis hingga naik minyak. Masukkan kicap, air asam jawa, sedikit air kosong, dan cili padi. Seimbangkan rasa ye. Masak hingga mendidih dan akhir sekali masukkan bawang besar. Dah pun siap.

10 comments:

Lynn Nasir said...

yum!!!! dapnyer...^^


p/s: amik award ye sis :)

maiyah said...

mabeles.. mabeles

piewahid said...

mmm... yg penting makan panas2...:)
nak menitik air liur nih, hihihi

nurazimah / Imah said...

emmm...ringkas tapi mesti sedap!!untuk tutorial booties baby leh cari link nih..http://www.cutoutandkeep.net/

Melor said...

lynn
time kacih bagi award. melor amat2 suka sbb rasa dihargai.

Melor said...

maiyah
melor ni klu msk nak simple n cpt je. tak tahan duk lama2 kat dapur

Melor said...

mr piewahid
acu cuba tra teh, resepi tu baru leh menitik air liur.

Melor said...

imah
time kacih

mala said...

mcmana leh terlepas menu msk kicap ni...? buat makan ramai2 pastu berebut2 lagi sedap!

Melor said...

mala
ya la cik mala.sedap mkn ramai2