Monday, July 1, 2013

Sesudah Bzi Mula Meredaaaa......


Hai senaaaahhhhh.... awak apa khabar? Akak legaaaaaa senahhh wehhhh..... Biasalah bila timbunan kain dah mula susut dan hampir-hampir tiada, akak rasa nak lompat setinggi mungkin. hahhahahha masih tak sedar diri tu, Asal suka je nak lompat, asal hepi je nak lompat. Memang jenis tak sedar diri lah.

Akak tak lupa diri la senaaaaahhh.... cuma akak nak gambarkan kegembiraan bila amanah yang di pikul berjaya di selesaikan. Alhamdullilah.......

Dalam gembira tu ada jugak terkilannyer. Akak tak sempat ambik gambar hasil kerja tu hari. Takpe la senah ya. Nanti akak tunjuk kat senah mana yang sempat akak tangkap gambar je lah ya. Ala bukan ye jahit fesyen pelik-pelik pun. Cuma jahit kurung riau, kurung pesak buluh, kurung moden, material aje beza dan corak yang berlainan. Semua tu jadi latihan untuk akak bagi memahir dan menajamkan ilmu di dadakan senaaaahhhhh... 

Eeehhhhh..... lupa la ada satu tu akak jahit moden kaftan. 1st time tu jahit lain dari kebiasaan. Tapi sayang la yang tu pun akak tak ambik gambar mmmmmm..... rugi, rugiiiiii. Kalau tak boleeeeehhhhh kite menayang hihihihi...

Sepanjang akak sibuk menjahit tu hari, lintang pukang rumah akak jadinyer senah weh. Pokok-pokok di laman habis kering, rumah berhabuk, sawang pun mula kelihatan. Penat menjahit belum habis akak kena sambung kemas rumah pulak. Kena buang sawang, kena sapu mana berabuk, kena check mana pokok yang mati. Kalau dak buat semua tu nanti raya rumah tak cantik tak berseri kan senaaaaahhhhh.......kih...kih....kih...

Pisst....pisssssst...... raya tahun ni rancang nak balik kampung. Hai berjoli katak le akak nanti hahahhahah....... OKB la katakan kih...kih...kih....Luv U senah.

2 comments:

Suzie said...

Ala nampak x snap picture kalau x boleh i cuci-cuci mata

Melor said...

nanti kite post 1,1 gambar yg kite ade suzie ya