13 May 2013

Resipi Kerabu Sare

Hai senah, buat apa? Cik Melor macam biasa la duk layan anak-anak sesambil tu merempit dengan mesin tua, cuba siapkan baju-baju kustomeeeer yang ada. Hajat hati nak siapkan semua dalam bulan ni  Tak tahu lah boleh siap ke tak. Ya lah kalau buat kerja dengan anak nih, yang senang jadi susah, yang kejap jadi lama kaaaaannnn senahhhh.......

Hari tu post pasal kerabu sare, eeehhhh ehhh.... tak sangka ramai yang minat nak baca, sampai member kita tu dah 2 kali sms mintak postkan resipi kerabu sare hihihiiih..... orang perak minat nak rase kerabu sare.

Sebenarnyer pc kita nih masih lagi sakit perut. Asyik hilang je ape kita taip. Tu yang mood lari nak berblog. Ni pun kita berblog guna laptop tuan pengarah. Pinjam senah weh..... kite buat nuka kesian mintak pinjam laptop dia. Bila la tuan pengarah nak hantar baiki pc kita.

 gambar di google 

Ini la rupa sare mentah. Sare ialah sejenis rumpai laut juga tapi bukan rumpai laut yang orang duk jual sebagai kolagen tu ya. Kalau di kelantan terutamanyer di pasir puteh, sare ni ade di jual dalam pasar. Senang nak dapat. Kata bonda kita hari tu dia beli harga untuk 1/2 kilo dalam rm15.00. 

Cara untuk proses sare ni macam nih ya. Sare perlu di bersihkan dan di rendam selama 1 malam dan sentiasa di tukar air. Esoknyer cuci bersih dan jemur panas sehingga sare bertukar warna hitam ke putih. Kalau malas nak tunggu bertukar warna, boleh buat terus tapi jadi la kaler macam gambar nih dan kurang rangup lah ya hihihih......
 
gambar di google

Lepas tu kena ade sambal nih.  Sejenis sambal tumis. Cara nak buat sambal nih tengok bawah ya senah.

Tumis Kerabu Sare/Nasi Kerabu:
1 biji kelapa- ambil santan pekat
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5-8 biji cili kering
3 batang serai
1 inci halia
2 keping asam
budu
daun limau purut
Sedikit gula dan garam.

Cara-caranya :

Blend semua bahan di atas. Masukkan dalam santan. Masak atas api perlahan, kacau sekali-sekala hingga rupanya seperti di atas.


 gambar di google

Kena ada sambal kelapa. Cara nak buatnye macam ni ya senah.

Bahan-bahannya:

Sebiji kelapa parut disangai garing hingga warna coklat dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)
5-6 ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar kerana akan kurang hanyir berbanding dikukus atau direbus)
6 ulas bawang merah
10-15 biji lada hitam
3-4 batang serai (lihat saiz)
gula/gula melaka, garam.

Cara buatnyer:

rebus ikan. asingkan isi. Sangai isi ikan tadi sekejap. Sangai kelapa parut sampai garing. Tumbuk bawang, serai, lada hitam, gula melaka sampai lumat. Lepas tu letak atas sare dan di gaul ketika nak makan. Emmmm...... lagi sekali liur kite kecur senah wehhhhh..... emmm ... emm..emmmm.

Nak tengok kerabu sare akak buat senah klik sini. Bye 



9 comments:

Sweet And Simple said...

mesti sedap ni...

Cik Melor said...

hema
memang sedap.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

terima kasih melor...
sy pandai makan tp mmg tak pernah buat... kerabu sare memang feberet... nampaknya nak kena kirim sapa2 blk kelantan belikan sare mentah tu.. t.kasih kongsi resepi.. rupanya sare tu tak perlu direbus ye...

Suzie said...

pernah makan masa cousin husband kahwin sedapnya ....

Cik Melor said...

madiha
asal kelantan jugak ke?

Cik Melor said...

suzie
sedapkan tapi nak membuatnyer renyah sikit laaa

saphir madchen said...

Ha3 thibur dgn ayat tuan blog..bsahaja..sempat gelak sambil2 nk cuba siasat mcm mn buat kerabu sare ni..yaaa senahhh

Cik Melor said...

saphir madchan
hahhaha akak gelak sama. cuba la sedap tau

usry said...

Sedap. Ni yg buat kawe nok kelik kkapo getek ni. My favorite ni.