Tetiba terasa nak makan lempeng. Dan dan tu gak la nostalgia lama terkenang kembali. Duluuuuu kami adik beradik lebih suka makan gandum dari beras. Arwah abah Cik Melor, kalau tepung gandum mesti beli pakai guni. Beras pula dalan kuantiti biasa-biasa saja. Pagi petang kami adik beradik bancuh gandum buat kuih.
Yang paling glamo sudah tentunyer lempeng dan cucur/jemput-jemput. Lepas tu lawan pulak dengan air minyak aaaaa.... bestnye ketika itu. Pepagi tadi kita bancuh la tepung gandum untuk buat lempeng. Nak buat lempeng hijau kenangan senang aje ya senah. Cuma perlu ada :
Tepung gandum,
telur,
garam, gula dan pewarna,
Cara buat :
1. Bancuh tepung gandum dengan air yang telah dilarut gula dan garam. Masukkan telur. Kacau la sampai sebati.
2. Kalau berketul, tapis bancuhan dengan penapis santan. Lepas tu lenyek2 kan la ketulan tu sampai hancur lumat iihihihi ...... bunyi macam brutal aje kan
3. Panaskan kuali dan sapu minyak sebelum di lempengkan. Tips kalau nak berbau wangi sila la sapu minyak di kuali mengunakan daun pandan ya senahhhh.
4. Lempengkan satu demi satu sehingga habissss.
5. Masak sudahhhh !!!!! Apa tunggu lagi kite kerjakan la lempeng tu. Cicah gula, madu atau pun sambal bilis tumis.
Ahhhhhh sedapnyeeeeeer.... sehingga menjilat jariiiii.... Bye.
Ahhhhhh sedapnyeeeeeer.... sehingga menjilat jariiiii.... Bye.
6 comments:
baru smalam wat lemepng gak..:)
Sedap ni. Buat versi manis sikit, boleh dimakan begitu saja. :)
lempeng tradisi tetap yg terbaik kan? :)
ummuaidan
rindu lama tak makan
yati
versi tu bebudak sukaaa
gb
tetap terbaik
Post a Comment