Saturday, March 2, 2013

Lempeng Hijau Kenangan

lempeng

Tetiba terasa nak makan lempeng. Dan dan tu gak la nostalgia lama terkenang kembali. Duluuuuu kami adik beradik lebih suka makan gandum dari beras. Arwah abah akak melor kalau beli gandum mesti beli seguni untuk sebulan. Beli beras lak dalan kuantiti yang sedikit. Pagi petang kami bancuh gandum buat kuih.

Yang paling glamo sudah tentunyer lempeng dan cucur/jemput-jemput. Lepas tu lawan pulak dengan air minyak aaaaa.... bestnye ketika itu. So pagi tadi akak bancuh la gandum untuk buat lempeng. Nak buat dia pun senang aje ya senah. Cuma perlu ada :

Tepung gandum,
telur,
garam, gula dan pewarna,

Cara buat :

1. Bancuh tepung gandum dengan air yang telah dilarut gula dan garam. Masukkan telur. Kacau la sampai sebati.
2. Kalau berketul, tapis bancuhan dengan penapis santan. Lepas tu lenyek2 kan la ketulan tu sampai hancur lumat iihihihi ...... bunyi macam brutal aje kan
3. Panaskan kuali dan sapu minyak sebelum di lempengkan. Tips kalau nak berbau wangi sila la sapu minyak di kuali mengunakan daun pandan ya senahhhh.
4. Lempengkan satu demi satu sehingga habissss.
5. Masak sudahhhh !!!!! Apa tunggu lagi kite kerjakan  la lempeng tu. Cicah gula, madu atau pun sambal bilis tumis. Ahhhhhh sedapnyeeeeeer.... sehingga menjilat jariiiii....

6 comments:

ummuaidan said...

baru smalam wat lemepng gak..:)

Yati said...

Sedap ni. Buat versi manis sikit, boleh dimakan begitu saja. :)

gadisBunga™ said...

lempeng tradisi tetap yg terbaik kan? :)

Melor said...

ummuaidan
rindu lama tak makan

Melor said...

yati
versi tu bebudak sukaaa

Melor said...

gb
tetap terbaik