Friday, March 1, 2013

Siantan Merah Hadiah Hari Lahir


Lagi sekali angka itu bertambah. Kadang suka kadang resah. Apa pun hidup perlu di teruskan. Jalani lah hari mendatang dengan penuh ketenangan kannnnnn senahhhh..... 

First time dalam hidup, terima bunga sebagai hadiah hari jadi. Usahanyer my dara tanam pokok siantan nih untuk ibu dia. Mulanyer takde la dia cite apa-apa. Dia cuma minta pasu dan tanah. Ingatkan anak nak belajar tanam bunga rupanyer ada agenda tersendiri.

Kata my dara. Ini hadiah yang dia tanam sendiri. Nanti hari minggu ibu bawakan dia gi nurseri untuk dia pilih pokok bunga pula. Katanyer duit yang dia kumpul tu dah cukup untuk belikan bunga sebagai hadiah hari lahir ibu.

Dia tahu mak nyer suka bunga. Di hadiahkannyer bunga. Terima kasih lah anak oooiiiiii.... Tak perlu tunggu hari lahir, hari biasa-biasa pun boleh gak kalau nak bagi hadiah. Ibu suka tauuu.... Boleh tambah koleksi hihihihihihihihi....... Bye.

2 comments:

ummuaidan said...

selamat hari lahir kan melor nyer..bagusnya anak dara memahami minat mak dara...hhehehe

Melor said...

ummuaidan
tq. kematangan mula kelihatan