27 February 2013

Cili 2 Biji Sudah Masak

cili

Ingat tak lagi cite Semaian Cili Dalam Secret Garden dan Cili Di Taman Dah Keluar Bunga. Sebenarnyer senah, pokok cili tu dah berbuah dah masak pun buah dia. Cik Melor malu la nak cerita, sebab cuma 2 biji je buah dia. Walaupun 2 biji, Cik Melor tetap gembira senah wehhhhh. Macam orang dapat baby baru gitu la perasaan Cik Melor ni.

Mungkin kerana kebizian melampau tak sempat nak tukar ke pasu besar, tak berbaja, tak berbelai sebab tu la kut cili tu tak membesar duk kemetot aje. Buah pun hanya 2 biji. Emmmmm...lepas nih kalau dah tak sibuk Cik Melor akan manjakan pokok cili nih kasi dia besar tak de la segan nak bercerita perihal cili di laman hahhahah......

Kadang-kadang Cik Melor rasa la tangan ni tak sesuai tanam pokok sayur. Kata orang tua tangan panas tak berapa nak menjadi. Betulkah senah weh????...... Tapi pelik pun ada senah, napa lak kalau pokok bunga menjadi je di tangan Cik Melor ni. Mungkinkah tangan Cik Melor ni duduk dalam kategori panas sejuk hiihihihhi....

Akak ada semai kacang botol dan bendi kali pertama semai tak tumbuh langsung. Kali ke 2 semai nampak la cambahan benih tu.  Melompat kegembiraan kite tau. 2, 3 hari tak tengok tinggal tanah aje la senah.

Tak kemana cambahan kacang botol dan bendi Cik Melor. Sedih tauuuuu. Terbaru Cik Melor ada semai peria katak. Nampak anak peria tu dah sejari tingginya. Ada 3 pokok. Nanti Cik Melor cerita pasal peria dalam entry lain ya senah.

Sebenarnyer Cik Melor sibuk 2, 3 hari nih, nak siapkan tempahan. Esok yang empunya order nak datang ambil. Lagi 2 sarung kusyen belum siap. Cik Melor pergi sambung rempit dulu senah ya. Bye.

No comments: