Friday, November 2, 2012

Semaian Cili Dalam Secret Garden


Alhamdullilah mooood sudah mari senah ooiii......Dah ada rasa nak berkebun,berblog, menjahit dan berhuha-huha. Eh....eh ....ehhhhh buruk betul kalau diserang penyakit muuuuudi nih ye. Apa-apa pun syukur aje la akak ni senah, mau juga muuud tu datang balik. Kalau di buatnyer berpanjangan merajuk, senah juga yang susah. Tak dapat baca coretan entah apa-apa Cik Melor ni kan.....kan....kan....
Pagi tadi  mengemas laman belakang Cik Melor. Buang semak dan rumpai yang tak di perlukan. Hajat hati ruang yang telah di bersihkan tu nak tanam tanaman dapur tambah koleksi ulam ulaman. Nak cerita tentang cili yang di semai sebelum mood merajuk datang tu hari hahahhah. Harap-harap kali ni cili tu menjadi dan dapat le rasa hasilnye.

Cili ni sangat pedas. Gigitan pertama pun boleh buat kite berdesing telinga. Kalau di buat sambal maunya meleleh air hidung ketika makan. Senah dapat tak bayangkan betapa pedasnyer cili tu.

Heran betul la akak melor nih, kalau tanam pokok-pokok yang boleh di buat makan tuh,  tangan nih tak berapa nak sesuai. Kalau pokok bungaaaaaa emmm..... tak yah cerita, senah tengok sendiri la tulun-tulun akak di timpa perasan.

Bak kata orang kalau nak buat jadi punca rezeki pun boleh. Tapi kan Cik Melor tak pernah jemu. Cik Melor sentiasa cuba dan cuba dan cuba tanam pokok tu semua terutama ulam ulaman sebab suka sangat makan segar. Ada yang berhasil  tak  kurang juga yg terus ko walaupun pada awalnyer subur.

Tang cili ni, entah yang kali keberapa entah pun dah lupa cubaan akak melor menanam pokok cili. Harap-harap kali ni berhasil. Geram nengok blog yang tanam-tanam tuh senah oiii. Jeluuuuus ai tau.

Nak juga n Cik Melor jadi macam mereka semua. Kalau tak sepenuh jadi macam mereka iras -iras pun jadi la. Yang penting cuba untuk jadi macam mereka. Cik Melor kena cuba gak sampai berjaya. hahhahahah...... kemaruk apa Cik Melor  ni senah ya. Bye.

Senah kalau nak tengok apa lagi tanaman dapur yang Cik Melor tanam selalu -selalu la singgah sini ya.  Blog Cik Melor ni macam-macam ader Semuanyer berkisar tentang minat surirumahtangga. Hahah jangan lupaaaaaa singgah tauuuuu.... Bye.

9 comments:

JaSSNaNi said...

aisehhh.. akak..
jangan kata akak.. nani ni.. adik siap bawa benih pokok betik pendek dari kg tau.. nak tanam kat sini.. aleh2.. skali naik.. subur.. tapi mak punya.. kakak punya.. semua dah berbuah.. nani nye berbunga jantan je kak.. tak de la buah.. :( sedey tul.. hahahaha.. tanam pokok kesum pun leh mati.. camne ni.. :-D

Melor said...

jassanani
hhiiih.... kite ni spesis sama la. tangan tak berapa nak sejuk.

Yati said...

Kali ni Melor tanam, mesti jadi. :)

Melor said...

yati
nampak macam nak jadi. kite nanti tgk la ya

prog muten said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

suka suka said...

saya pun belum berjaya tanam cili ..yg tanam FIL yg jaga saya..pun tak berbuah...

hitomi lavender said...

Saya duk semai cabai berapa kali dah.x pnh tumbuh2.huhu.sedihnya..

Melor said...

suka-suka
melor pun dah byk kali tanam. awal2 tu cantik je akhir 2 tu dia mati berangan lak

Melor said...

hotomi
tak yak duk sedih2 mati je tanam baru lagi. susah2 gak kite pakat gi beli pokok cili yang dah berbuah tanam hihihih