Wednesday, January 2, 2013

Handmade : Restock Yoyo Keychain


Syukur senah, yo-yo keychains yang akak buat dan post di CMelor's Shop hari tu dah habis dijual, klik sini nak tengok post terdahulu.  Sukaaaaa tauuuuuu......Dalam gambar tu akak tunjuk 6 je yo-yo keychain versi polkadot. Sebenarnyer akak ada buat lebih tau senah, sebab penat nak kena edit gambar tu maka 6 je la yang terpamir. Kena letak trademark kite la senah weh.... nanti takda la orang guna gambar hasil kerja tangan kite ngaku kerja tangan dia orang . Tak baik tu tau. Penat tuan hak buat kerja, alih-alih orang lain dapat nama.

Hari ni akak tambah lagi koleksi yoyo keychain tu senah wehhhhh..... Azam tahun baru senah nak kedai maya akak tu hidup sikit. Nak hidup kena la rajin kan senahhhhhh. Semua keychain dalam kedai dah tulis sold jadi akak kena la buat baru tambah stock. Nanti takde la akak kena marah lagi ngan kussstomer akak. Uuuiiii..... senah jangan tak tahuuu, akak melor pernah kena sound dengan kussstomer pasal barang dalam kedai akak banyak yang tulis sold. Dia orang kata "ni nak meniaga ke tidak ni?" sadiss betul huhuhuu..........

Untuk hasil terbaik akak melor guna kain cotton yang elok tau  senah. Lepas tu akak potong dan jahit dengan penuh kasih sayang. Kalau boleh tak nak ada cacat celanyer. Supaya takde la runggutan dari kusstomer nanti.

Harge pun tak le mahal senah. 1 yo-yo keychain tu akak melor jual dengan harga RM 3.50 je. Kalau beli 3 akak melor beri la dengan harga RM 10.00. Akak melor pun terima bulk order tau senah. Cuma senah kena la bagi masa untuk akak siapkan order.

UNTUK PEMBELIAN BORONG

  10 pcs = rm 3.00/pc
11 - 199 = rm 2.50/pc
  lebih 200 pcs = rm 2.00/pc
** Pembelian secara borong, corak adalah random, dan tertakluk kepada corak kain yang ada.

Cantik tau senah untuk buat hadiah. Pakai sendiri pun cantik juga. Nak tengok hasil kerjatangan akak yang lain senah boleh la klik sini ya. Mulai hari ni, pagi petang akak kena menyupir anak-anak ke sekolah, adusssss penat nyer. bye.

2 comments:

fiqkbe said...

comel nyer senah ooiii ;)

HEMA OCTOVIA said...

cantiknya keychain...kreatif la awk ni melor