Friday, January 11, 2013

Kaloi Goreng Berlada?????


Semalam, lepas habis mandikan pokok2 dalam secret garden, akak melor labuhkan punggung seketika di kerusi rotan antik depan akuarium kecil di sudut kanan ruang tamu. Termenung seketika membuang resah dikala hati ditamu kecelaruan sambil merenung si kaloi dalam akuarium kecil itu. Mata memandang kepala ligat berputar, hati pula berkata-kata, ahhhhhh..... cantiknyer kamu wahai kaloi, riang dikau berenang ke sana ke sinun. Andainyer aku pun seekor ikan pasti bahagia kita berenang bersama. Kih...kih....kih buat lawak la tuuuu, nak jadi ikan kunun. Kalau la kaloi tu dapat berkata-kata pasti akan kedengaran "tolong-tolong lepas kan aku, aku pun nak bebas "

Dulu masa beli ikan kaloi ni kecil je, ada la besar 2 jari akak tapi rege dia uuiii...... mahal senaaaahhhh....sekor 7 hinggit tu!!!!! hihiiiih...... 7 inggit pun mahal, apada akak ni kan. Takda laaaa, bagi akak mahal dah tu, mana akak pernah beli ikan mahal. Seumur hidup, ni le 1st time akak beli ikan mahal. Tapi berbaloi la senah weh..... tengok la sendiri cantikkan kaloi tu. Tak cerewet, tahan penyakit. Yang penting ikan ni aktif dan garang tau.

Umur kaloi akak melor nih dalam +- 2 tahun lebih. Akak beli lepas lahirkan makcik google. Buat gantikan ikan kap akak yang mati di kerjakan cik bibik. Sekarang  kaloi akak nih dah besar lebih dari 1 tapak tangan akak tau. Agaknyer kalau bela talapia gantikan kaloi tentu untung berbalaoi-baloikan.... kan.... kan....senahhhh

Dalam duk merenung tuh, ada jga terfikir kalau le ikan ni makin besar dan dah tak muat akuarium akak nih apa yang nak dibuat dengan ikan nih. Patut ke di goreng berlada si kaloi nih???????

5 comments:

ummuaidan said...

Haii akak melor nie..ikan yg cantik & mahal begitu pun nak goreng berlada kerr..tak muat akuarium bak sini jer kita bela...

JaSSNaNi said...

ingat tadi cik melor dah masak ikan ni berlado.. hahahahahaha.. nak tanya sedap ke idokkkkk!!...

rupanya ikan ni still idup dlm akurium.. ritu gi pasar pagi shah alam.. ade jual gak ikan kaloi kecil2 2 jari je.. rm7 sekor.. tapi tak ler di beli, sbb sayang nanti kalau mati.. heheheh tengok je.. ikan belida la.. ikan kaloi la.. ikan tengas la.. mcm2 ikan.. geram je..

Melor said...

umuaidan
selain pencinta pokok akak melor nih cintakan juga dengan ikan-ikan nih. cuma risau tgk kaloi akak makin besar takut nanti tak muat akuarium. tapi akak sgt sayang dgn kaloi nih mana mungkin di goreng ladakan hihiihhih....

Melor said...

jassnani
sayang sgt kat kaloi nih. dah 2 thn lebih bela. badan dia pun dah besar. mana mungkin nak di goreng ladakan dia. tajuk tu gimik ajeeeee

HEMA OCTOVIA said...

jangan la masak ikan ni, kesian dia. comel je ikan ni