Saturday, January 12, 2013

Ikan Kaloi Nan Seekor


Semalam post n3 cite pasal kaloi belaan. Tetiba lak hati rasa ingin lebih tau pasal kaloi. Lalu ku gugel mencari maklumat tentang kaloi. Maka sedikit sebanyak rahsia si kaloi dapat di ketahui. Dulu tak pernah ada keinginan untuk tahu jantina apakah kaloi ku ni @ dari jenis apa kaloi ku itu. Membela hanya kerana minat dan kerana suka melihat alunan badan si ikan. Tak lebih dari itu.  Namun kini aku mula ingin mengetahui tentang kaloi nan seekor itu hihiihihi.... apa macam boleh tak kalu akak tulis novel?. Tajuk cite "kaloi nan seekor"

Lepas tu kan akak melor pun gi la duduk depan ikan perhati lama-lama kaloi tu nak tahu kaloi nan seekor tu jantan @ betina kah dia. Pada pandangan akak yang cetek pengetahuan nih, kaloi nan seekor tu jantinanyer kemungkinan jantan sbb ada sedikit benjol di kepala dan dagu kaloi tu gemuk bulat seperti yang di kata oleh mereka yang tererrr pasal kaloi.

Tak lupa akak periksa juga gigi kaloi nan seekor tu senah. Yaaaa.... kaloi akak takde gigiiiii. Mungkin kah kerana telah di cabut oleh tokeh kedai ikan, jadi giginyer tak tumbuh-tumbuh sampai sekarang. Setelah 2 tahun lebih bela baru hari ini akak perasan kaloi akak takde gigi. hahahhaah..... kesian. Boleh ke gigi tu tumbuh semula nih senahhhh?????. Cuma yang  pasti ikan kaloi akak nih, matanyer buta dari mula beli lagi senah weh. Buta sebelah kanan. Itu la keistimewassan ikan kaloi akak melor nan sekor tu. Buta, agresif, ronggak dan manja.

Kata mereka lagi kite kena selalu bercakap dengan kaloi nih baru la dia kenal sapa tuan dia. Emmm macam kucing juga ye. Boleh kenal tuan yang membela. Kalau sebelum ni ada juga akak bercakap dengan kaloi akak tapi tak le selalu, dengan memanggil -manggil manja namanyer. Lepas nih kena la kerap bercakap dengan si kaloi agar dia tahu bahawasanyer akak ni la tuan dia ye dak senah. Untung-untung dia boleh bagi tahu akak nombor ekor ...... Makcik kayooooooo...... makcik kayoooooo....... hihiihihih.....


Kata mereka lagi kaloi ni sepesis yang suka air akuarium dia jernih. Tak boleh campur dengan ikan lain. Kalau bela dia kena dia sekor je dalam tu. Macam sepesis kelisa. EEeeee.... sombong la kaloi nih tak nak campur org huhuuh.....

Ehhh...... lupa nak kasi tau senah, kaloi akak melor ni namanyer "kaluiii" dari jenis kaloi albino kalau tak salah la.. Mata dia kuning diluar merah gelap di dalam. Kalau ada sapa-sapa yang tahu tentang kaloi ni boleh le komen bagi tau maklumat  tentang ikan ni ya.

5 comments:

ummuaidan said...

happy weekend kak melor...
kaloi pun nak privacy jugk bukan kiterrr jer..:)

JaSSNaNi said...

kalau nani tau pasal kaloi ni dari citer bawang merah bawang putih je.. timbullah si ikan kaloi... makan lah nasi daun keladi... hehehehe.. :P :P nyanyi pun tak betul.. ade hatiiiiii!! >> kata mak tanjung <<

Melor said...

ummuaidan
yupppp.... privacy hihiihih

Melor said...

jassnani
hahahah. kite dulu pun tau dr cite tu la. bila ikan kap mati baru kenal ikan kaloi

HEMA OCTOVIA said...

novel 'kaloi nan seekor' hmm...sdp juga tajuk tu melor hehe. dulu ada bela ikan kaloi juga tapi dah mati,rindu la pula nak bela ikan semula