05 December 2012

Yellow Walking Iris Muncul Kembali

iris

Bunga lagi senaaaaah. Kali ini nak cerite pasal yellow walking iris. Dulu Cik Melor pernah post pasal yellow walking iris ni. Klik sini, kalau nak baca post dulu tu. Meriah senaaaah bila yellow walking iris nih keluar bungaaaaaa. "Ku lihat kuninggggg....." ahak...

Kira cinta pandang pertama senah oiii..... Masa jalan-jalan di suatu tempat tu sekali terpandang akan bunga nih terus jatuh cinta. Dengan pantasnyer Cik Melor seluk handbag keluarkan duit untuk bayar. Beli dengan pasu sekali senah. Mana taknyer dah di tanam dalam pasu takkan nak suruh orang bunga tu korek ambik pokok je kan...kan... senahhhhh.

Harus lah Cik Melor terpaksa beli dengan pasu sekalikan. Rege bunga tu pun jadi mahal la sebab kena campur dengan rege pasu. Padahal pasu dia bukannyer chomel pun. Pasu di rumah lagi chomel. Nak buat macamana terpaksa la ambik jugak-jugakkan senaaahhhhh...... Tapi takpa tetap berbaloi dengan apa yang di persembahkan.

Dulu yellow walking iris nih dah hilang dari laman Cik Melor ingatkan dah pupus, Habis mati kerana cuaca panas, kencing kucing dan kemalasan melampau tuan bunga hihihiih.....Alih-alih tengok ada tunas baru. Terus le Cik Melor bela dan semai baru. Alhamdulillah  yellow walking iris Cik Melor  subur kembali. Buktinyar yellow walking iris ni mula mempamirkan keindahannyer semula senah.

Bila dah cantik tu, mula la gatal tangan. Usaha nih angkut ke depan mana yang dalam pasu , kunun-kunun nak laman depan nampak berseri huhuhuuhuh....

Yellow walking Iris nih cerewet sikit la senah. Nak sentiasa di belai. Kena selalu perati, buang mana daun kering, siram bila hari panas, tak boleh kena panas direct, mudah melecur. Kalau di biar tanpa pengawasan laman kite boleh jadi semak.

Tapi nak biak yellow walking iris nih senang sangat senah. Bila bunga iris dah habis kembang, tangkai bunga tu nanti akan keluar satu sulur berdaun. Kalau di biar nanti sulur daun tu akan berakar. Senah patahkan bahagian tu terus cucuk dalam tanah lembab letak di tempat teduh dulu. Tak perlu tunggu berakar pun senah dah boleh patahkan dan cucuk dalam tanah lembab. Agak-agak dah subur boleh la dedahkan kepada cahaya yang sedikit terlindung. Cucuk banyak-banyak dalam satu pasu cepat la iris ni merimbun senah weh.

Yellow walking iris perlukan baja bunga untuk sentiasa berbunga, baja hitam macam biji sawi tu untuk daun. Baja taik ayam pun boleh guna senah. Tepuk dada tanya selera lah ya. Pembajaan perlu di lakukan sekerap 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Kalau ikut Cik Melor, bagi baja bila rajin je huhuhuhhu.......

Don't forget senah ye, siram dengan air basuhan beras untuk kesegaran pokok anda. Ada lagi satu petua untuk cantik dan segarkan pokok tapi akak tak berapa suka buat. Siram pokok dengan air basuhan ikan dan udang. Eeee.... tak sukaaaaa busuuuuuuk. Nanti jiran pun marah kite tau. Kalau rumah tu selang sebatu dengan jiran bagus amalkan macam tu, kiranyar baja organic la senah ooiii.....

2 comments:

fiqkbe said...

pergh senang giler rupa nyer nk tanam bunga ni. nk try jgk la ;)

Cik Melor said...

fiqkbe
yaaaa senang gila nak tanam , yg remeh tu kena jaga ngalahkan anak kecil.