Tuesday, December 4, 2012

Orkid Kecil Dalam Taman


Sesi melayan tetamu dah selesai semalam. Kelmarin last destinasi kami melawat. Pergi ke sebuah shopping mall yang anak sedara kite idamkan. Kami ronda, joli katak dan makan-makan sampai kenyang. Semalam juga tugas melayan tetamu telah di ambil alih oleh adik cik melor pula. Di bawanye 2 orang tetamu tu ke rumah dia lak, sebelum mereka berangkat pulang. Emmmmm...... sunyi rasanyer bila tetamu dah takde. Takde huha-huha, takde kecah suasana balik asal jadi nyer. Arhhhh.... sunyi nyer senah wehhhh....

Takpa le senah kite cite pasal bunga buat pengubat hati yang sunyi yaaaaa...Cuba senah tengok, cantik kan bunga orkid ni. Susah betul kite nak ambik gambar bunga orkid nih senah wehhhh..... maklum la kamera cik melor nih kamera cap ayam bila di zoom objek yang kite nak tu jadi blurr yang tak nak lak jadi terang. Diri yang tak pandai, kamera juga yang disalahkan.

Bunga orkid ni kecil je senah, tapi cantik menyeri suasana hijau. Macam kite kata dulu la, di celah hijau dedaun terselit warna-warni bunga kan cantik tu senahhhhh.....

Benih orkid ni dapat dari kampung. Masa balik kampung hari tu, cik melor ada la pergi merembat bunga di rumah kekanda hihihihihihhi..... sian member penat menanam, sedap je kite merembat. Rembat free lak tu. Alaaaa kite ambik sikit je.

Bila di hitung +- umur orkid nih baru 2 bulan la senah. Kira cepat jugak la dia berbunga. Mula-mula tanam nampak tak berapa nak hidup. Alih-alih kite tengok ehhhh..... keluar tangkai panjang, lepas tu keluar biji-biji bulat kat hujung tangkai tuh dan lama-lama dia kembang. Yahooooooo...... orkid cik melor dah berbunga. Sayang sikit la senah, akak tak tahu nama orkid nih.

Untuk tanam, kite pakai arang yang di rembat dan pasu pun kite rembat juga hihiihhi...... apa punya olang la bukan setakat bunga habis semua dia rembat. Tak lupa juga kite letak sekali kulit kerang sebagai penambah zat untuk pokok. Lepas tu letak kat tempat yang ada sikit teduh. Tak mau pasu tu jatuh di kerjakan kucing kite ikat kat pagar pemisah rumah jiran. Sesuai lak dia kat situ. Tak lupa kite letakkan sekali baja taik kambing yang dah berkurun beli untuk arwah pokok orkid yang dulu. Jangan lupa selalu siram dengan air basuhan beras untuk pokok segar dan sentiasa berbunga ya senahhh....... Bye.



2 comments:

suka suka said...

salam..cantik bunganya senah..

Melor said...

suka-suka
hihiihih.... time acihhhhh