03 December 2012

"Hari Ini Saya Memandu Pak Encikkkk....."

cmelor-family

Tak habis lagi kisah melayan anak buah dan adik. Sebenarnyer diaorang nih tinggal nun di kampung laman cik melor. Datang KL sekadar nak berjalan aka cuti-cuti malaysia gitu. Adik kita nih bisnehwumen dan anak buah tu pula baru habis spm hari tuh. Berjalan la kerja nyer bila berteman.

Lrt dah naik. Anak buah minta nak ke Seremban lak. Berjalan ke rumah pakcik nyer iaitu adik akak melor. Rancang-rancang nak kesana dengan komuter. Kira-kira bajet uhhhh.... mahal pula jatuhnyer. Rugi tu, lebih jimat kalau berkereta. Jadi akak pun ambil keputusan memandu ke Seremban. Padahal selama nih akak memang terkenal banyak alasan kalau di suruh memandu.

+- kul 11am pagi jumaat kami bertolak ke Seremban, huhuhuhuu....... ada yang terkejut, ada juga yang tak percaya, mak datin bawak kete gi Serembaaaaan. Adik-adik akak tak percayaaaaa seenaaaah. Alaaaaaa sebenarnyer akak boleh memandu cuma, bila ada baby akak susah nak memandu. Mana nak tengok anak, mana nak pegang stereng. Sebab tu akak tak nak memandu jauh-jauh. Bila ada adik yang boleh tolong pegang baby, boleh la akak memandu.

cmelor-family
Pantai Teluk Kemang Port Dickson

Masa kat seremban tu hari kami pergi berkelah ke Port Dickson. Main aiiiiir senah. Anak-anak kita tu gembira sangat. Kita tak merancang pun nak ke PD. Jadi takde la prepare nak berkelah . Tengok la anak-anak mandi pun pakai baju tido semalam hhuhuuhuh.....4 , 5 jam berkelah sambil main air laut kami pun pulang senah. Sebab kita nak balik KL sebelum malam.

Dalam perjalanan balik dapat berita KL jam serta hujan lebat. So kita tunggu 6.30pm baru gerak balik Keluar je tol senawang Ya Allaaaaaah, jalan jam gileeeeer senah wehhhhh.......Rasa nak menangis dan dan tu gak. Jam membawa ke r&r Seremban lepas tu jalan clear sampai KL dan sesak balik bila nak masuk jalan Ampang. Alhamdullilah cik melor selamat sampai rumah dalam kul 8.30pm. Esok rancang nak jalan lagi tapi belum tau kemana.

Pissssttttt....... hati-hati memandu di  antara kajang dan serdang bawah jambatan ada 1 kamera aes kat situ dan kita merasa terkena sinaran nyer yang dikatakan macam kilat menyambar tu. Bye.


4 comments:

Raimanda said...

wah.. satu perkembangan. :)

mala said...

jauh mak datin drive ;-)

Cik Melor said...

mrs lya
1 perkembangan . sok2 boleh cuba kelain lak

Cik Melor said...

mala
terpaksa dah tak mampu gaji derebar