Saturday, December 8, 2012

Handmade - Double-Layered Skirt


Angin rajin sudah mariiiiiiii..... senaaaaah. Ni akak melor ada jahitkan skirt berlapis. Mula- mula tu buat 1 je untuk makcik google. Haik...... nampak cantik pula buat lagi 2 helai. Nampak lagi cantik bila siap. Rasa nak buat banyak-banyak senah tapi hati akak berdetik buat apa nak buat banyak-banyak 3 cukup la.

Guna kain cotton yang dah lama berada dalam simpanan. Seingat akak dah 6 tahun umur dia dengan akak nih. Dulu beli masa nak buka butik kanak-kanak kat kampung. Dah tak jadi bawa mari KL. Terperap lak dalam lemari. Sekarang baru terbuat senah. Punya la lama, punya la malas tukang jahit nih senah wehhhh.......

Ada yang tanya kenapa akak banyak stok kain cotton. Kain cotton ni mesra bebudak senah. Kain lain tu bukan tak sesuai tapi cotton lebih memberi keselesaan pada dia orang. Cotton pun kena la tengok jenisnyer juga senah ya. Kalau cotton yang 2.50rm tu kureeeeng sesuai. Boleh buat badan budak panas, gatal sebab kain tu mudah berbulu dan berbintil-bintil. Tak serap peluh

Manakala cotton yang jenis tebal dan berat tu pun cepat panas. Cuaca kite tak berapa nak sesuai la, tapi kalau musim hujan cang gini, elok la pakai cotton jenis tebal tu. Maaf la kalau akak salah tentang cotton nih. Taukeh cotton jangan yang marah ya. Akak melor menulis melalui pengalaman sendiri je. 

Akak pernah beli 1 jenama baju tu.  Uuiiii.... glamour brand dia senah tau. Rege pun boleh tahan , selai baju hampir ratus hinggit tau. Bila pakai hampeh. Anak2 akak tak boleh tahan, berpeluh tak selesa, asyik menangis. Kasihan tengok senah weh. Nak buang benda cantik. rege mahal lak tu jadi simpan je la buat tukun senah. Oleh itu akak suka kalau guna kain cotton yang sesuai dengan cuaca dan selesa untuk anak-anak kite. Jadi pandai-pandai la memilih bila beli cotton ya senah.

Ehh... sebelum lupa. Skirt tu, 1 makcik google punya, 2 lagi tu akak melor dah masukkan dalam kedai sebagai ready stock. Berkenan dan rasa nak usya-usya kerja tangan akak jemput la singgah sini

Love Handmade - Buy Handmade - Support Handmade - Happy Shopping !

2 comments:

mala said...

melaram sakan la cik google ..

Melor said...

mala
tak sempat melaram la makcik google. dia punya dah di beli orang nanti kena buat lain untuk dia.......