Wednesday, November 7, 2012

Alteration - TKC Yang Punya


Hari ni akak melor nak cite pasal dunia jahitan akak lak.  Iaitu sumber rezeki sambilan akak. Napa akak kata sambilan sebab nyo eeeee.... akak menjahit untuk hiburkan hati dan penuhi masa terluang sambil-sambil akak mengasuh anak-anak.

Senahkan dah maklum, akak melor ni surirumah sepenuh masa. Ada masa tu akak rasa sunyi sangat, bila tuan pengarah gi kerja, anak-anak dah ke sekolah, kekawan pun pergi kerja, jiran tetangga paham-paham je la kalau kat KL ni. masing-masing bertapa je dalam rumah. Termasuk la akak sendiri bertapa dalam rumah huuhuhuhu....... Tak leh kata orang, kite sendiri pun sama. So akak melor cuba la buat sesuatu yang boleh hiburkan hati akak nih. Selain berkebun menjahit pun kesukaan akak tau.

Kadang-kadang rasa rindu pada dunia kerjaya akak melor dulu. UUuuuuiiieee jangan tak tahu senah, akak dulu kerja gomen tauuuuu. Kire nyer akak nih kakitangan kerajaan la. Indah betul masa tu senah ooiii... paling takleh lupa bila akak buat persembahan teater antara kementerian di PWTC. Macam dalam dunia fantasi ketika itu. Akak masih simpan gambar masa berlakon tu . Apaaaa????....senah nak tengok oooooo wo wo wo... tak bolehhh,  sebab masa tu akak melor tak tutup urat jadi tak boleh la tunjuk. Kiranye tu masa zaman jahiliah akak melor tu hihiihih.... Panjang lak  intro nyer ya. Kite balik ke topik asal ye senahhhh...

Hari tu akak ada la buat alteration untuk TKC. Apa tu TKC???.... senah nak tahu apa tu TKC. Oooooo.... TKC tu taska swasta tempat anak-anak akak melor sekolah sebelum masuk ke darjah satu. Uuuuuuuiiee.... bagus tau taska nihhhh. Dah 2 orang anak akak melor belajar kat situ tau. Lagi 2 tahun  si dahlia tu pun akak nak hantar belajar kat situ juga. Insyaalllah kalau di izinkanNYER. 

Kira nih projek berulang dan kusstumer berulang akak la nih. Terima kasih la tuan TKC. kerana sudi guna khidmat akak melor nih. Orang dah bagi peluang tak salah la kalau kite ucap terima kasih kan senahhhh. Mudah-mudahan datang lagi projek yang lainkan seeenahhhhhh....

Ingat tak akak ada post cerita pasal baju ala saloma haaaaa tu pun projek dari tuan TKC tu la. Lepas tu ada lagi projek alteration skirt penari dia. Tapi sayang akak lupa tangkap gambar laaaaa. Duss...dusss dusss.... 3x sebab lupa. Akak nih kalau boleh nak buat rekod semua kerja-kerja yang pernah akak buat untuk kenangan. Besok-besok bila dah tua dah ada penyakit yangyuk boleh la akak tengok blog kan senaaahhhhhhh. Alaaaa..... macam buku scrap tu la  tapi scrap dalam blog. Esok-esok anak cucu pun boleh tengok terutama si dara akak tu. Dia suka menjahit nanti boleh la dia refer kat sini kalau nak buat sesuatu tak gitu senahhhhhh.....

Projek kali nih merupakan projek ke 3 dari tuan  TKC. Buat alteration untuk dancer dia gak. Ada satu lagi projek masih under progress. So takleh cite lagi, nanti dah siap boleh la di war-warkan huuhuhu..... 

Sabar ye senah. Sementara tunggu  projek seterusnyer tu siap. Senah baca la dulu post-post yang lain dari akak melor nih ya. Esok kalau tak sibuk nanti akak cite pasal misi menyelamat yang akak melor lakukan pagi tadi. Sungguh mencabar tau. Kalau nak tahu misi menyelamat tu kena la selalu baca blog akak nih ya senahhhh..... Jangan lupaaaaaaa byeeeee.....

6 comments:

Nazayiena said...

Seronoknya klu pandai menjahit nie.

JaSSNaNi said...

pandai menjahit.. kreatif la tu.. :)
saya boleh la takat jahit sarung bantal.. lain2 tak pandai.. :(

Mila@Rimbun said...

dulu2 masa saya muda remaja TKC glemer, akronim Tunku Kurshiah College, gelemer sungguh tempat tuh, now sebab tak ambik port sbb dah tak dengar nama ni, anak dah masuk menengah nnt baru dengar balik kut hihi

Melor said...

nazayiena
memang seronok. cuma penat la sikit kena curi masa.

Melor said...

jassanani
pandai jahit sarung bantal pun takpa. lama2 nanti pandai jahit lain lak. kan untung tu

Melor said...

milarimbun
tkc nih nama taska kat rumah melor. nama penuh dia nadi ilmu @ tisya kid centre. nama glamor tkc. memang bagus samam mcm tkc mila cite