06 November 2012

Bromeliad Kembang Lagi

bromeliad

Cerita bunga laaagiiiii...... huhuuhuhu jangan le senah boring. Bunga tu ciptaan NYA yang ada banyak kebaikan. Macam-macam bunga boleh buat. Salah satu nyer boleh jadi terapi buat insan-insan yang jiwanyer selalu kacau. Lain-lain kebaikan senah google sendiri ya. Nanti panjang lak Cik Melor kena taip, seeenahhhhh juga yang boring baca. Lagipun banyak yang Cik Melor nak taip, nak cite pasal bromeliad yang ada  di laman hihiihihih. Jangan marahhhh.......

Cik Melor duk le peratikan bromeliad, dah berbulan-bulan kembangnyer. Duk tunggu tengok berapa lama dia boleh tahan. Ikut kiraan, bromeliad ni kembang lebih dari 3 bulan. Kena hujan kena panas tak jejas pun bunga nyer. Itu yang buat Cik Melor suka dan sayang sangat dengan bromeliad nih. Berseri je laman ciput ni. Dicelah-celah hijaunyer dedaun, ada terselit merahnyer bebunga. Kan cantik tu. Sedap mata memandang tenang hati merasa. Tak gitu senah!!!!!

Bromeliad  Cik Melor tanam dalam pasu plastik kecil je. Rasi pulak dia dalam tu. Lepas tu akak melor selit la dalam pasu besar di kaki si kemuning yang sentiasa berbunga dan miliki harum wangi desa. Macam bau perawan di zaman Hang Tuah gitu. Kuat sunguh Cik Melor berangan ya senah hihihih.... Tapi itu kenyataan. Kemuning memang berbau harum. Maklumlah laman Cik Melor ciput jadi kena la selit kat mana yang boleh huhuhuhu.....

Bromeliad nih tak cerewet, mudah nak jaga, tahan penyakit, yang penting bila berbunga tahan berbulan-bulan. 

Cara tanam dia pun senang. Kite cuma perlukan sedikit tanah yang ada banyak humus. Masukkan anak pokok  dalam pasu . Tanam macam biasa, lepas tu letak la reranting kering, dedaun  kering yang diracik supaya tak sakit mata memandang. Kalau boleh gunakan baja dari najis ayam, baja merah untuk bunga dan baja macam biji sawi serta baja kaler biru untuk batang pokok tu jadi kuat.

Kuantiti baja kena ikut besar pasu okeh. Sori ye Cik Melor tak tahu nama baja 2 tersebut. Nurseri ada jual, pasaraya pun ada jual. Rege nyer tak mahal. Masih dalam lingkungan mampu beli.

Ini cara Cik Melor tanam ya.  Cara tanam nih hanya berdasarkan pengalaman sendiri ya. Lain orang lain caranyer dan  Lebih-lebih lagi kalau pakar yang menanam huhuuuhu.....

Ok semua dah tahu cara nak tanam dan kelebihan yang di miliki oleh bromeliad so tunggu apa lagi, ambik cangkul pergi tanam cepat. Kalau tak dak benih pi cari kat nurseri. Jangan buang masa. Berbudi pada tanah tak de ruginyer malah penuh kebaikan beribu-ribu leman hihiihihii.

Pesanan penaja sila singgah selalu sini macam-macam aaadeeeer .........Bye.

10 comments:

JaSSNaNi said...

cantek.. mmg tak jemu tengok bunga.. pompuan la katakan.. :P kan kan

Umm AA said...

salam kak melor...cantik bunga brmomeliad nie kan..nampak segar jerr

suka suka said...

barula tau namanya..akan diusahakan untuk mencaripokok ni

Unknown said...

Assalammualaikum..singgah dari blog suka suka kak mar..i folo u.. :D

Cik Melor said...

progmuten
tq for your visit

Cik Melor said...

jassnani
ya pompuan memang suka bunga kecuali pompuan yang terlebih hormon jantan je tak suka bunga huhuuhuh

Cik Melor said...

ummuaidan
memang cantik yg paling bagus ttg bunga nih dia tahan lama tak mudah layu bunga dia.

Cik Melor said...

suka-suka
bromeliad nih bayak jenis. kat laman melor ada 3 jenis. bila berbunga rasa nak lompat-lompat je

Cik Melor said...

hitomi lavender
tq follow melor. tapikan akak ni tak tau mcmana nak follow hotomi. akak tak cukup ilmu lagi laaaaa

joey.miracletab said...

Saya menjual spesis Bromeliad Neoregelia super fire ball dengan harga RM35 satu pasu. Untuk sebarang pertanyaan & pembelian,sila hubungi saya ditalian 01126275077/ 0122718482 : seri hijau