Friday, November 9, 2012

Anugerah Cemerlang - Aku, Dia Gembira

cmelor-family

Selesai satu babak hari nih. Lagi satu babak 18 haribulan nanti. Sekarang nih nak cite pasal babak pagi tadi. Kita cite mai senahhhhhh. Cik melor kelam kelibut sikit pagi tadi. Bangun seawal 5am. Semangat tuh senah. Mana taknyer senahhhh, anak nak terima anugerah cemerlang. Kembang hidung bangga pun ada kita nih senahhhh,.

Anak dapat anugerah cemerlang tuh. Anak pertama senah, belum pernah merasa tentu lakita rasa teruja sikit. Lagi pun kita ni dah lama tak ke sebarang majlis. Almaklum la ada anak kecil, kita lebih rela berada di rumah dari  ke tempat keramaian macam tuh. Budak-budak tau la, kalau dia dah meragam, eemmm....kiiiteeee jugak yang naik rimas.

Pagi tadi kita hantar si dara pergi sekolah dulu. Dia kena ada di sekolah sebelum atau pada pukul 7am. Lepas tu pusing balik siapkan si bujang lak nak gi sekolah sambil-sambil siapkan diri. Kunun-kunun nak melawa hiihihi.

Dah lama tak posing-posing, berbedak bergincu. Orang tak kerja senah  berbedak bergincu tu bukan priority lagi huhuhuh...... Makcik google tinggal dengan tuan pengarah. Kita gi sorang-sorang je ke majlis anugerah cemerlang tu senah ooiiiii.  Ahhhhh...... lega sesekali dapat keluar tanpa anak-anak di kaki hahhahh.....

8am lebih sikit lepas hantar si bujang ke sekolah kita terus tuju ke majlis anugerah cemerlang. Terpaksa parking kete jauh sikit la senah. Kena menapak dengan kasut tumit tinggi, senah sendiri la bayangkan camana kita jalan hiihihihi.....

Sampai terus daftar. Terus cari tempat duduk. Majlis anugerah agak membosankan. Apa tak nyer hati duk teringatkan makcik google di rumah. Lepas tu kata majlis anugerah yang membosankan. Terukkan akak ni senahhhhh.... Kalau boleh nak majlis anugerah cemerlang cepat habis nak balik cepat-cepat sebab tuan pengarah ada meeting kul sebelas.

Dalam 11am baru giliran si dara. Selesai je naik pentas. Bergambar lebih kurang akak pun terus belah. Masa menapak ke kereta tu akak kena panas, apa lagi berdenyut kepala la. U no mi, ai ni kan ala-ala puteri lilin gitu hahahhaha........ tulunnnnnn kita di timpa balak .

Jumpa tuan pengarah tepi jalan. Dia pass makcik google kat tepi jalan tuh. Terus dia pecut pergi. Yang kita lak terus pecut balik. Tak tahan sakit kepala senah. Sampai rumah bagi anak makan minum, kita pun telan panadol terus cari bantal.

Bangun je dari tido terus duduk depan pc taip n3 pasal anugerah cemerlang - aku, dia gembira untuk tatapan pembaca budiman blog Dunia CMelor. Harap-harap semua terhibur dengan gelagat cik melor gi majlis anugerah hiihihihih. Bye



5 comments:

mala said...

tahniah! tahniah!

tu la .. lain kali tanya aku.

hadiah utk bdk darjah satu last sekali. darjah first sekali! aku dah kena tahun 2010 menunggu dari pagi. punya la lama nak tunggu si aimi naik pentas. tahun kedua cheq dah tau. cheq bagusnya timing ... pi lambat ngam2 kena time dia just nak ambik gambaq hehehe

mala said...

*darjah 6 first sekali*

fiqkbe said...

congrats! ;D

ummuaidan said...

tahniah yer utk anak melor yg bijaksana sperti ibunya jugak tuh...hohohoh...best yer dpt kemajlis sekali sekala..hehe

HEMA said...

tahniah, bestnya..
btw sy dah tukar url blog atas sbb2 yg 'terpaksa'...jgn lupa dtg blog sy ye :)

http://sweetandsimple47.blogspot.com