Thursday, November 15, 2012

Ulam Selom


Tiap-tiap hari hujan, duk perati tengok pokok-pokok di laman yang berdaun tu nampak hepi satu macam. Yang berbunga tuh nampah sedih bebonar. Apa tak sedih nyer habis bunga-bunga yang kembang tu gugur yang baru keluar kudup, rosak tak jadi kembang. Bukan setakat pokok yang sedih tuan pokok pun tersedih sama senah ooiii. Maklum lah tuan pokok nih sensitif la katakan huhuuhuh....

Tapi kan, hari ni akak nak menayang  ulam baru dalam secret garden akak tuh senah wehhhh. Hari tu akak ada la beli ulam daun selom masa adik datang bertandang. Untuk hidangan tengahari. Bahagian lembut tuh dah selamat kami kerjakan. Bahagian bawah yang keras tuh akak masukkan dalam air tunggu dia berakar lepas tuh akak tanam la. 

Tunggu tengok aik..... jadi pula dia kali nih. Tu pun hari-hari perati takut di rembat siput babi. Biasanyer kalau tanam pokok ulam nih si siput tu la yang kebas dulu. Kalau tak perati tengok, sedar-sedar tinggal tanah je la senah weyyyyy.... Jahat tau siput tu.

Lepas tu akak pun tanya la pakcik gugel, apa yang hebat sangat ulam ni. Sampai kan akak sendiri terpikat nak tanam. So gini la jawapan dari pakcik gugel tuh.

Khasiat Selom - mengandungi banyak air. mengandungi 91.6 % air, 1.1 % protein, 0.4 % lemak, 4.4 % karbohidrat, 1.0 % serabut dan 1.5 % abu.

Daun dan Batang Selom - meredakan penyakit seperti bisul, terkena gigitan kuda, ular, kala jengking, dan bengkak kerana kanser. Caranya, dengan melumatkan daun dan batang kemudian sapu pada bahagisn yang sakit atau terkena gigitan.

Air Rebusan Selom - airnya diminum sebagai penawar demam selesema, susah buang air kecil dan buang air bercampur darah.

Biji Selom - digunakan sebagai penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah.

Buah selom  - digunakan sebagai perangsang buang air. untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus.

Ok dah tau khasiat selom . Jom tanam banyak-banyak. Nak tanam dia pun senang je. Ikut je macam akak cerita kat atas tuh. Selain selom akak tanam gak ulam-ulaman yang lain tau. Lebih kepada tanam ulam yang akak suka ngap aje la. Pokok tengek burung pun ada.  Akak ada tulis pasal si tengek burung nih, boleh baca kat sini  uuiiii.... sedap tau pucuk tengek burung nih, kalau temukan dengan sambal belacan pergh....... tak sedar mak mentua lalu di belakang hihiihhiih.

Kalau nak baca lagi kisah ulam dalam secret garden akak nih, senah kena la selalu singgah sini tau. k akak bai - bai lu.....

6 comments:

ummuaidan said...

wah..wah..melor dah ade ulam selom nie ..bestlah ..senang pulak tumbuh yer...

suka suka said...

Salam..saya pun dah semai..ok je dia hidup..alhamdulillah boleh buat ulam..

HEMA said...

bestnya...subur dan gebu lagi

Melor said...

ummuaidan
ya tanam yang senah hidup. siput tak makan yang pasti tuan dia makan je hihihi

Melor said...

suka-suka
jimat belanja singit dua kan

Melor said...

hema
klu nak rasa mari kl la ya