google punya tenggek burung
Pagi semalam sempat menjengah tanaman akak kat belakang rumah. Hai kasihan nenggoknye, dah hampir pengsan pokok tu semua. Gara-gara tuan nyer sibuk menjahit. N3 kali ni nak cerita tentang pokok ulam yang namanye tenggek burung. Namanye gitu sebab ada burung suka duk betenggek atas pokok ni. More info sila google sendiri ya hahahha....
Selalu akak melor beli bila ada hari pasar tani area rumah. 1 ikat seringgit. Seikat tu boleh 2 kali makan. Tenggek burung ni mudah layu dan kecut tak sesuai untuk simpan lama. Akak melor suka makan segar. Dah namanye ulam mesti la nak makan segar bugar kan. Rasanya masam-masam kelat dan ada rasa pahit-pahit sikit gitu. Sedap kalau di kenakan dengan sambal belacan.
Satu hari tu akak jumpa orang jual anak pokok tenggek burung nih. Akak tak lepaskan peluang terus akak beli. Walaupun mahal akak sanggup beli semata-mata nak dapatkan ulam segar. Suka makan punya pasal mahal pun sanggup beli. Dan hasilnya akak melor dah tak payah beli lagi ulam tenggek burung ni.. Rasa nak makan je akak gi petik kat belakang rumah. Sudah nye, tengok la pokok akak tak secantik pokok dalam gambar di atas sebab selalu kena petik huhuuuu........
akak punya tenggek burung
Banyak khasiat ulam ni senah ooiii..... Senah kalau nak tahu lebih tentang khasiat tenggek burung ni kena la google sendiri ya. Akak melor malu la nak
tulis hihiihih...... yang pasti ulam ni baik untuk pesakit darah tinggi
8 comments:
cik melor
mokde pernah tengok pokok ni berbungga, cantik sangat
layari fb mokde
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1266236150714.30005.1674113722&type=3
saya pun ada...kalau kat perak panggil pucuk cabang tiga...tengok daun dia bertiga kan ...
X tahu plk boleh tanam pokok nie,sbb dulu kat kpg selalu ambik dr hutan je.....
saya nak cari benih pokok tenggek burung ni. kat mana nak beli eh?
mokde
tq sudi singgah. melor belum pernah tgk bnganye lagi
suzie.
ya daun nyer 3. sedap nih
nazayiena
melor beli anak rm18.kecik aje
gb
akak beli kat pasar tani setiawangsa kl.
Post a Comment