Friday, June 29, 2012

Cara Mudah Buat Kompos Sendiri

hobi & tip berkebun

Jumaat penghulu segala hari. Emmmmm...... ada masa luang sikit dapat la cik melor belek pokok-pokok di laman. Sejak buat keputusan untuk relax jahit bulan posa, cik melor dah tak ambik tempahan pelanggan. Ramai yang tpon dan merayu senah ooiii.....minta jahitkan baju diaorang, tapi cik melor tetap keraskan hati kata tak boleh ambik lagi. Huhuhu...... u no mi jiwa lembut tau.

Biasanyer cik melor susah nak tolak permintaan orang, tapi kali ni keraskan hati baca tu "cik melor keraskan hati". Jadi cik melor berjaya dan merasa amat bangga kerana berjaya menolak permintaan orang huhuhu...

Dah lama geram nengokkan pokok -pokok di laman. Bila ada masa luang sikit tu, mula la buat operasi. Semalam akak recycle tanah lama a.k.a tanah  yang dah digunakan untuk tanam balik pokok baru. Sebelum tanam pokok baru akak kena la sediakan tanah tu. Proses nak buat tu boleh tahan la penat nye. Tapi minat punya pasal dan kedukut punya akal, akak buat la juga walaupun penatnyer boleh tahan.

Tinggal di KL ni semuanyer kena beli, kena bayar waima nak tero semol water pun diaorang cas 30 sen. Sendiri mau ingat la hihiihihih.... Selagi boleh jimat dan tak menggangu orang lain makanyer tak salahkan kalu kite berjimat. 

Beli tanah baru di nurseri tu kurang-kurang 1 plastik bag regenyer dah rm 2.00 tu untuk tanah merah aje. Beli kena 2. 1 merah 1 hitam. Kalau nak tanah tu cantik dan subur kena lak beli tambah tanah yang kat nurseri pasaraya tak silap akak green man rege dia kalau tak silap rm2.99 @ rm3.99 untuk 1 peket kecil je. Renung-renung kan lah berapa kite kena kluarkan budget semata-mata nak tanam pokok baru tu belum lagi kos beli anak pokok baru dan baja.

So mari cik melor ajar cara nak buat kompos @ suburkan tanah lama yang kite ada supaya dapat berjimat. Memandangkan cik melor tinggal di bandar dan takde ruang buat la cara yang paling jimat ruang, jimat kos, dan jimat masa.

Cik melor campur semua tanah lama dalam pasu yang dah tak di gunakan tu dengan daun-daun kering dan baru, racik bagi halus supaya tak sakit mata memandang dan proses kompos tu cepat, Tak lupa gak akak + habuk kayu hamster, serbuk kayu dari plasik cendawan jiran sebelah sekali. Gaul sampai rata macam kite nak buat kek tu tapi jangan masukkan air la. Bila dah rata dan puas hati dengan hasil kerja tu simpan tanah tersebut dalam bekas. Suka hati la nak simpan dalam bekas apa yer. Sesekali siram air bagi basah tanah tu.

Kalau rajin tangkap cacing masukkan dalam bekas tanah yang kita buat tu supaya proses penguraian lebih cepat berlaku hahahhha...... Tanah ni dah siap untuk digunakan. Kalau ikut pakar, kompos tu kena tunggu betul-betul reput baru boleh guna. Seperti yang cik melor kata sebelum ni jimat ruang , jimat kos, jimat masa, maka ini lah cara cik melor mengikut pengalaman sendiri. Cuba lah sendiri baru kite boleh tau betul ke tidak sesuatu ilmu yang di kongsi tu.

Tak lupa cik melor kongsikan sekali gambar pembantu akak yang agak berat nak menolong kerja semalam. Bergaya aje lebih dia ni tau. Bye.

hobi & tip berkebun

2 comments:

Nazayiena said...

Mana pembantu tu nak nolong,tgk dah pki lawa2 tu.....

Melor said...

nazayiena
pembantu saya tu duk sibuk dgn sport car dia.