Sunday, March 20, 2011

Bengang


Salam semua..... hari ini hati ku cukup rasa tertipu + bengang + terbakar + geram. Nak tahu kenapa? Mari sini Melor cerita. 2, 3 hari lepas Melor dapat la kertas iklan yang di hantar dari rumah ke rumah. Iklan sebuah kedai kain yang boleh dikatakan terkenal la juga. Katanya potongan sehingga 85% untuk kain yang di jual. Setelah di teliti ada potongan untuk kain cotton. Apa lagi melompat la daku kegembiraan. Jadi Melor pun pergi la ke kedai itu dengan hati yang berbunga-bunga. Mana tak gila kalau gini harga yang ditawarkan. Pergi la kat Italian Visco Cotton hanya ada 4, 5 pasang aje tu pun corak yang tak menarik. Daku pun buat la gatal mulut tanya berapa harga kain tu, Nak tahu berapa jurujual tu cakap rm 35 sepasang. Aku terkejut hai kenapa harga nya lain dari yang di iklan kan. Kata dia itu iklan yang dah lama. Sedangkan aku baru je dapat kertas iklan tu. Melor pun bising la sikit kata kenapa iklan lain datang kedai harga lain pula. Maka dapat la aku kain tu dengan harga rm 20.00 sepasang. Pusing-pusing memilih tak ada yang berkenan semuanya tak dapat menawan hati ku. Lagi pun harganya berbeza dari yang diiklankan. Dah nak keluar ternampak la kain cotton agak menarik sikit pergi la melor belek-belek tapi kain tu tak cukup 4 meter. Huh...kain lebihan kayu aje, dalam hati berkata tak pa bukan untuk aku. Lepas la kalau buat blaus untuk anak-anak. Jurujual tu macam tak suka dan tak nak layan aku nak beli kain tu tapi di heretnya melor ke tempat kain yang harga ratus-ratus sepasang tu masalah nya melor bukan nak beli untuk diri sendiri. 2 aje yang sempat melor tengok sebab meluat tahap gaban dengan jurujual kat situ. Sebab tak nak beli kain yang dia orang tunjukkan maka mereka bo layan sama melor. Jadi melor blah aje dari situ lepas bayar sepasang kain yang di ambil. Ni buktinya perbezaan bukan melor tipu tau.

English cotton - iklan rm 16.75 semeter - tak sempat tengok
Japanese Cotton Printed - iklan rm 9.75 semeter jadi rm 35.00 semeter
Italian Viscose Cotton - iklan rm 20.00 sepasang jadi rm 35.00 sepasang
Italian cotton stripe 60" (trussardi) - rm 39.50 semeter - tak sempat tengok

Tak kah kekawan rasa tertipu kalau lain yang di iklan lain pula masa kat kedai. Rasanya kalau pergi beli kain di Nagoya lagi puas hati layanan nya pun ok kalau nak dibandingkan dengan gedung kain tu.

Wednesday, March 16, 2011

Pustaka Dalam Pasaraya

Salam semua..... Perpustakaan dalam pasaraya!!!! emmmm bagus juga tu. Satu ideal yang bernas. Menyelam sambil minun air bagus tu. Amboi-amboi puji bagai nak rak hahaha... Habis shopping boleh la bawa anak baca buku. Melor suka kalau anak melor rajin baca buku. Untuk hidupkan minat membaca tu kita sebagai ibu kena la bantu anak-anak supaya minat membaca tu subur dalam diri mereka kan kan kan. Sebelum ni asyik gi kedai beli buku untuk anak dara tu. Sekarang dah ada pustaka kat pasaraya ni boleh le jimatkan sikit kos beli buku tu. Melor masukkan beberapa keping gambar yang melor curi-curi snap kat dalam perpustakaan tu.

gambar cerita madagaskar kat dinding. Sangat menarik

dua budak tumpang glamour watak madagaskar

anak sapa la ni suka-suka dia buat macam kat playground je

kakak tengah syok baca buku dan my hero sibuk dok main.

Tuesday, March 15, 2011

Handmade Baby Shoe

Salam semua.... semalam siapkan shirred dress, hari ni siapkan kasut untuknya pula. Gembira betul rasanya hati kerana dapat siapkan dan penuhi hajat di hati nak sedondong ke majlis kawin nanti. Melaram habis la my makcik google esok.

kasut bayisepasang kasut kain hasil tangan ku untuk makcik google kesayangan

baby shoe makcik google memperagakan kasut barunya.

Monday, March 14, 2011

Shirred Dress Makcik Google

Salam semua.... huh !!!! penatnya, macam lari marathon pula rasanya. Bukan apa sebenarnya Melor pulun siapkan baju untuk makcik google ni haaaaa. Ada jemputan ke majlis kahwin jadi hati tu rasa nak la pakai sedondong dengan my anak dara. Jadi Melor jahitkan baju kurung untuk diri sendiri dan kakak. Lebihan kain tu pula melor buat kan shirred dress untuk my makcik google. Lebihan kain hanya cukup untuk buatkan dress yang simple dan ini la hasillnya .

baby shirred dressshirred dress makcik google punya

baby ruffle pantpadankan dengan seluar dari kain lebihan baju sekolah dan ditambah dengan ropol-ropol agar kelihatan menarik dan seksi.

sepasang shirred dress

tuan punya baju.

tayang seluar beropol seksi Uuuuu....

Wednesday, March 9, 2011

Petua Membantu Anak Berjaya


tips hebat
Hai senahhhhh..... emmmmm....... dah seminggu rasanya tak buat apa-apa kat blog ni. Sawang, habuk mula nak bermaharajalela senah eh. Ni kena bersihkan cepat-cepat kalau tak, melekat kat situ lagi la susah nak hilangkan. Setelah lama tak da n3 baru dari cik melor, maka hari ni nak kongsi cite pasal buku terbaru yang kite beliiii......

Cite nyer gini senah ehhhh..... hari minggu yang lepas kite ngan anak-anak pergi ke satu kedai buku nak cari buku untuk si dara tapi hampa. Sebaliknya mak dia yang hepi senah weyyyy..... sebab kite dah menyambar sebijik buku untuk tambah koleksi peribadi huhuhu.....

Berkenan betul kite ngan tajuknya iaitu 'Petua Membantu Anak Berjaya' al maklum laa kite nih kurang ilmu dalam mendidik anak-anak. Jadi kena la banyak membaca buku-buku macam ni buat menambah ilmu di dada. Bagus juga kandungan buku ni. Susunan ayatnya senang nak fahami. Tak rugi kalau membelinya tambah-tambah lagi harganya tidak keterlaluan. Dengan senang hatinya kite bayar senah weh hahhahahha.....

Buku ini mengupas secara jelas dan praktikal erti kejayaan yang sebenar serta panduan mengenali peribadi anak secara praktikal demi mendorong mereka berjaya dalam segenap aspek. Kejayaan dunia dan akhirat.
 
Cik melor syorkan kat senah semua bacalah buku nih tau. Banyak faedah dia senah eehhhhhh

Tuesday, March 1, 2011

Dia Datang Lagi

Salam semua..... 1 mac tiba lagi. Melor suka dan tak berapa nak suka. Kenapa melor kata gitu sebabnya jeng!jeng!jeng!!!!!. Today is my birthday. Bila dah birthday kita akan dapat ucapan kalau nasib baik kita dapat hadiah. Ya hadiah, tapi kan melor tak mengharap sangat pada hadiah. Bagi melor la doa pun dah cukup. Yang tak bestnya bila 1 mac tiba ialah umur ku bertambah lagi. Maka tua kian meghampiri diri huhuhu.... Kalau boleh nak sentiasa 20-an. Boleh ke macam tu?. Tak lupa buat mala @ simplicity terima kasih la pepagi dah beri ucapan hari lahir buat ku. Hukhukhuk... terharu ku rasakan.


Melor dapat kad birthday yang istimewa hasil kerastangan anak dara ku. Sembunyi2 dia buatkan melor kad ni konon2 nak suspen. Pagi tadi sebelum gi sekolah dia bagi melor dan terjadilah perbualan seperti di bawah.

anak : ibu ni kakak buatkan ibu kad birthday

ibu : terima kasih

anak : kakak tak da duit nak beli jadi kakak buat aja lah, ibu suka tak?

Ibu suka nanti hujung bulan ibu buatkan kakak kad birthday pula ya. Sebenarnya kami berkongsi bulan sama untuk harijadi. Anak melor harijadinya hujung bulan mac ni. Sayang anak ibu.