Saturday, December 3, 2011

Cara Buat Butang Balut

Salam semua..... dah lama berkenan nak kan acuan butang balut tapi tak tahu mana nak beli. So otak pun di kerah untuk cari jalan nak buat butang balut tu. Guna apa yang ada di sekeliling bilik jahit melor tu. Jadi ini la hasilnya. Walaupun tak secantik dan sekemas butang balut yang mengunakan acuan yang betul, sekurang-kurangnya melor puas hati dapat bergaya dengan butang balut diy tu. Jadi melor buatkan tutorial untuk mereka yang mengalami situasi macam daku. Harap-harap dapat membantu.

bahan yang diperlukan :
pelapik perabut, kain, acuan, gunting, benang dan jarum

langkah 1: jahit macam jahit yo-yo

langkah 2 : masukkan lapik perabut ditengah-tengah

langkah 3 : tarik benang sehingga kemas dan terbentuk cantik

tada dah siap butang balut d.i.y

3 comments:

Arizakiah said...

Salam....

Rasa teruja nak cuba tapi mana nak dapatkan pelapik perabut?

Melor said...

arizakiah. biasa nya benda ni ada di jual kat kedai hardware,kedai jual barang harga murah tu, pasaraya pun ada kat bahagian barangan rumah. cuba la cari ya
.

Athirah Rosli said...

wahhhh...cantik! kagum btul ngn kreativiti cik melor..nk try wat gk la..hee,,