Sunday, December 4, 2011

D.I.Y Coaster From Jeans

Salam semua.... projek kitar semula, tukar sisa jeans jadi coaster cantik. Tahu tak ia dari bahagian mana?. Kaki seluar jeans la. Sebelum ni asyik buang aje lebihan tu tak terfikir pula nak kitar semula benda tu. Kebiasaannya bila kita potong kaki seluar bahagian tu kita akan buang aje kan. Satu hari tu melor ternampak kat satu blog minah saleh ni dia buat coaster dari sisa jeans. Berkenan la pula bila melihatnya apalagi dengan pantasnya melor pun berlari la pergi buatkan coaster untuk kegunaan sendiri. Tak la susah mana nak buat coaster cuma kita perlukan kekuatan tangan dan gam. Sambil mengulung sambil kita tarik dan gamkan kaki seluar tu biar kemas dan cantik tergulung. Ini la hasilnya, cantikkan. Lepas ni nak kumpul la kaki seluar tu banyak-banyak nak buat lagi biar cukup enam biji coaster baru la cukup setnyakan.

2 comments:

Yati said...

Kreatif ni. Tebal pun tebal. Boleh lapik periuk. :)

Melor said...

betul tu boleh buat lapik periuk sekali la. kita selalu potong seluar customer jadi benda tu banyak selalu buang aje tapi sejak berkecimpung dengan handmade world ni suka pula kumpul apa aje yang nampak