Thursday, June 16, 2011

Alahai Kampung Ku

Salam semua.... hai lamanya tak menconteng kat sini, rindu pula rasa hati. Bukan apa sebenarnya diri ni di belenggu perasaan malas yang teramat. Gini la bila berjalan jauh. Apa taknya bila balik dari berjalan banyak benda yang perlu di bereskan terutama acara mencuci baju, kemas rumah, siapkan tempahan yang tertanguh dan bla, bla, bla........ . Akibat dari aktiviti itu mula la badan ni penat semacam dan angin malas menebal kat badan hahaha.

Hampir 5 tahun melor tak balik kampung dan lihatlah panorama yang terhasil. Hijau sehijaunya. Takut pula melor nak meninjau kat situ. Kalau dulu semasa arwah ayah ada kami adik-beradik tak pernah nampak panorama macam ni. Semuanya bersih dan teratur dan disini juga lah tempat kami bermain. Kalau ada yang mencari rumah kami pasti akan ada yang berkata " jalan aje kesana dan cari rumah yang paling bersih banyak bunga itu lah rumah datuk mat" seakan menjadi 'trademark' pula untuk keluarga kami hahaha. Kasihan... tenaga bonda yang dah dimamah usia tak mampu untuk menjaga tanah peninggalan arwah ayah ni. Aaahhhh.... rindunya, rasa macam nak ulang balik saat-saat indah itu. Kalau la boleh di ulang semula mau rasanya melor undur dan susun balik perjalanan hidup ini. Boleh ke buat macam tu???

masa yang sedikit itu melor habiskan dengan mengajar anak-anak tentang tumbuhan yang ada di sekeliling rumah. Dan hasilnya.... anak dara melor dah pandai menanam jambul nanas. Katanya ' bila dah berbuah nanti nenek boleh makan'.

ini pula si dara and the gang tanam pokok rumput. Orang buang rumput dia pula nak tanam rumput, cantik katanya.

kat kampung melor nama pokok ini ialah 'pokok katak puru' kat tempat lain melor tak pasti pula namanya. Rupa buahnya sangat hodoh berwarna coklat dan mengerutu macam badan katak puru tapi rasanya teramat sedap. Sejenis pokok hutan atau 'aksotik' dan ambil masa untuk membesar serta amat sukar untuk di temui. Melor amat-amat la suka makan buah ni sehinggakan sanggup tanam untuk mendapatkan buahnya. Bertahun-tahun juaga la melor tanam baru sekarang pokok ni keluarkan hasilnya. Tapi sayang, melor yang tanam orang lain yang merasa hasilnya. Balik hari tu buahnya semua dah habis. Pokok ni susah nak didapati begitu juga dengan buahnya. Semasa mengandung hari tu melor mengidam nak makan buah ni merata la melor cari akhirnya melor order dari kampung. Kat kampung melor hanya 2 rumah yang ada pokok ni. Itu yang melor tahu la. Maaf ya melor memang suka makan masakan kampung, buahan kampung, hidup cara kampung, tengok panorama kampung dan lain-lain tentang kampung. Almaklum la aku orang kampung hihihiiiiii.

anak-anak melor bebas bermain. Cuma sedikit risau dengan si bujang yang jakun bila lihat kereta bertali arus di jalan raya depan rumah. Apa tak nya, jalan tu besar '4 line' kenderaan pula laju tak berhenti siang malam sentiasa ada.

Satu benda yang melor tak suka tentang kampung ku ini, tak dapat nak on internet sebab talian tak ada. Kalau ada pun teramat la lembab. Sedang kan melor tak boleh jauh dengan tenet. Kelam rasa hidup ku bila tak bertenet huuuuawaaaaaaaaaaaaaaa.....

8 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
RINDU KEPADA SUASANA KAMPUNG YG AMAN DAMAI

sayangsayangibu said...

suka keadaan suasana di kampung sangat nyaman kan?

mala said...

bila la blh balik kampung lagi?

JunAina said...

buah katak puru tu kalau kat perlis org panggil buah nam2...ranya masam2, lemak2 dan sedikit kelat...

Melor said...

luah fikiran
tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain. tentu kuat rindunya.

Melor said...

ssi
saya suka viewnya ada bukit sungai sangat damai

Melor said...

mala
ku tak tahu bila boleh balik lagi huwaaaaaa.....

Melor said...

junAina
sedap tu.