Monday, June 6, 2011

Horeeeeeeey .... Balik Kampung


salam semua.... gembira betul rasa hati apa tak nya, malam ni melor nak balik kampung. Emmmm.... dah lama melor tak balik rindu tu usah dikata la. Balik dengan bas aje. Dapat juga bagi anak pengalaman menaiki bas. Sebenarnya dah tak tahan rindu bas pun bas la janji melor dapat balik kampung. Sejak berubah alam dari 'single' ke beranak-pinak ni melor dah jarang balik. Ye la kalau ada baby susah sikit nak berjalan jauh. Selalu melor kena fikir 2, 3 kali sebelum buat keputusan nak balik kampung. Bukan apa keselesaan anak-anak kecil yang perlu di utamakan. Kalau di buatnya sampai kat sana mereka meragam, kan ke susah juga. Hancuuuussss semua program yang dirancang. Tapi kali ni melor redah aje sebab dah tak tahan rindu dengan masakan bonda serta ingin menatap keindahan kampung ku. Bukit dan sungainya ahhh... rindunya.

1 comment:

sayangsayangibu said...

seronok balik kg jumpa ibu ayah dan semua kan?