Wednesday, December 15, 2010

Seni Botol

Salam semua.... walaupun bukan pengumpul tegar tapi melor tetap suka mengumpul benda-benda comel. Contohnya botol jem ni. My big hero suka bersarapan dengan roti dan jem. Jem kegemarannya pula jenama St.Dalfour yang kebetulan botolnya berbody cantik. Masalah yang timbul bila lambat betul jem tu nak habis disebabkan my big hero sorang saje yang makan jem tu. Melor dan anak2 lebih suka makan roti dengan madu dicampur olive grove aje. Banyak kesabaran yang diperlukan untuk mengumpul botol-botol ni.

Bila dah banyak boleh la buat isi rempah-ratus kat dapur. Atur dalam kabinet menarik jugak. Bagi yang lebih kreatif boleh juga menghias dengan seni decoupage. Melor lebih sukakan kecantikan asli botol-botol tersebut.

Dari dibuang mengotorkan alam sekitar lebih baik di 'recycle'kan botol-botol yang menarik ni menjadi sesuatu yang berfaedah dan berseni. Sssyyy.... nak tau ada yang minta nak beli dan tak kurang juga minta free botol2 tersebut.

14 comments:

Encik MamaT said...

betul juga kan... cumanya di malaysia bentuknya hampir sama... jika digunakan semula... kurang menarik... hehe

Hanis Azla said...

mmg cantik untuk letak rempah ratus dan sebagai hiasan di dapur.. Salam kenal untuk melor yer.

azzey said...

Melor: betul gak....kreatif ni namanya....:)

p/s: slm kenal dari saya ....Follow awak ye...AZZEY...

Yati said...

Melor,
memang lawa botol-botol ni, dijadikan koleksi. Tu yang minta botol tu, mesti orang buat decoupage tu, suka cat-cat botol. :)
Melor, Yati tag Melor masuk giveaway KrafAina. Kalau free, jengukla blog Yati ya. Timasih.

Hanis MY said...

wahh bagus betul, salam ziarah dan salam follow

sal said...

salam ziarah..nice blog

MATAHARI said...

menarik jg btol ni

Melor said...

encik mamat
pilih yang tercantik aje la. sekurang2nya 1/2 dari pencemaran sudah dapat dielakkan

Melor said...

hanis azla
kreatif dan berjimat tak salahkan

Melor said...

azzey
tq follow melor. tak rugi klu kita kreatif

Melor said...

yati
tq tag. nanti melor ambik ya

Melor said...

hanis my
tq jadi follower melor ya

Melor said...

sal
terima kasih

Melor said...

matahari
klu menarik apalagi jom kita kumpul botol mesti mamat jual botol tu geram gan kita kan hihihi