Tuesday, December 14, 2010

Udang Peria Cili Padi

Salam semua..... rasanya dah lama tak ada cerita pasal makan. Semalam masak lemak cili padi udang + peria jadi hari ni melor buatkan 1 n3 pasalnya. Apa yang daku tahu resipi ni berasal dari negeri 9. Tapi sekarang tak kira mana2 negeri semua orang tahu dan masak resipi ni. Dapur tanpa sempadan la katakan. Ini resipinya ya.

bahan-bahannya:-
udang
buah peria (potong rendam air garam seketika untuk hilangkan pahit)
cili padi* (ikut kepedasan sendiri)
bawang putih*
bawang merah*
kunyit hidup*
santan
garam, gula

cara-caranya:-
kisar @ tumbuk bahan bertanda*. masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama buah peria dan santan. Tunggu sekejap supaya buah peria tadi lembik sikit barulah dimasukkan udang. Lepas tu rasalah garam dan gula mengikut citarasa sendiri ya.

'koleksi resipi mudah cara CMelor'

9 comments:

zulkbo said...

salam..
peria kegemaranku..
tapi udang..ermmm
kena pantang pula..
dah alergy bila usia
dah meningkat ni..he he

Kunang-Kunang said...

Salam Melur,

Akak pulak kalau masak peria tak suka menghilangkan pahitnya sebab peria memang pahit. Hiii

sekuk tawa said...

bes tu udang...ahaha..lagi beso lagi bes...

aNIe said...

Salam kenal melur...

Peria tu sayur feveret akak...slalu akak goreng ngan taucu dgn perencah bilis je...sedap!!

E.d.Y said...

kene try ni..macam sedap je

THE LEKAT LEKIT STORY said...

wah.. nampak sedap

n@m@n said...

salam

bolehla cuba time cuti² ni..hehe

azzey said...

Melor; sedapnya...saya sker peria masak plak dgn udang...mmg meletops! terus teringin nak masak ptg nih......

Melor said...

mr zulkbo, kunang2,sekuk tawa, anie, edy. the lekat lekit story,naman dan azzey cuba a masak pasti sedap terangat beb