Monday, November 30, 2009

Mari Berkebun

Salam utk sahabat smua.

Walaupun bilik berhawa dingin, melor tetap bpeluh bukan krn berkebun ttp disbbkan kebodohan sendiri. Sbenar ye melor ni rabun cputer tahap maksimun hampir2 buta cputer gitu. X dpt nak transfer gambar dr kamera ke cputer. Teruk betulkan melor ni kan. skrg dah ok. Sok2 lupa lagi la tu.

Ni lah kebun bunga melor yang sejengkal cuma. Dsbbkan sukakan bunga yg teramat tanah yg secoet tu melor penuhkan gan bunga. Xda pa nak dibuat jiran2 lum gi balik dr beraya. So suasana amat sunyi menambahkan lagi keboringan melor gan anak2

Maka kami anak beranak sepakat utk bkebun keluarkan peluh. Tapikan yg betul2 penat adalah si bibik sbb dia yg byk buat kerja.Kasihan si bibik kena dera.


Ni aje yg tinggal kbanyakkan dah mati di makan siput babi. Fzi tahu tak camana nak hapuskan siput babi ni.

Kakak tolong tanam pokok


Fesyen malas sikat rambut lepas mandi n jelingan ala2 manja gitu


Si hero yg suka meyibuk dan petik bunga ibu

Melor sgt suka pokok yg ni tap x tahu nama. Da sapa2 blh kasi tau melor?

Keistimewaan pokok bunga ialah:

1 - amat manja x blh sembarangan sentuh nanti merajuk. Bla merajuk daun ye akan layu ambik masa utk pulih smula.

2 - Daun ye akan bersinar pabila terkena sinaran matahari mcm di tabur dgn serbuk kilat gitu.


Thursday, November 26, 2009

Buku


Selain menjahit, gardening, membaca juga termasuk dalam hobi melor. Ni buku terbaru yang baru habis dibaca. Hobi rojak la katakan.

Aidil Adha kali ni melor tak dpt balik kg. Sedih betul melor rasa. Dikesempatan ini melor ucapkan slamat menyambut Aidil Adha kpd sahabat smua.


Tuesday, November 24, 2009

Hobi Satu lagi

Melor ni byk kesukaan salah satu ye menjahit. Sgt2 suka menjahit. Slalu masuk blog geng mjahit syiok betu melor tgk. Paling suka tgk yang satu tu nama ye maya. Sronok klu dpt mjahit mcm dia. Nanti klu dah da gambar blh la tunjukkan kat sini . Smentara tu kita tgk tukang jahit handsame ni.



Monday, November 23, 2009

Hobi

Koleksi beberapa bunga yang da di laman rumah melor. Jom kite cuci mata tgk bunga2.







Cammana, cantik tak?


Sunday, November 22, 2009

Tolong ! Tolong !

pakwe yang hilang dan ditemui semula

Semalam melor gi sebuah pasaraya konon ye bawa anak2 ronda dan cuci mata gitu. Sebenar ye ada agenda tersembunyi. Selepas masing2 penat dan keletihan akibat dari aktiviti pusing memusing kakak minta makan. Kami berhenti makan di "Mc Donald". Bila perut masing2 dah kenyang kami ke sbuah premis menjual kain. Ini la agenda tersembunyi tadi. Melor pun dok la memilih kain untuk projek yang akan dimulakan. Entah mcmmana tiba2 baby hilang. Kelam-kabut la kami mencari. Hati dah mula berdebar-debar, mana la baby ni pergi. Bila dah jumpa melor bersyukur gat .Dah nekad xkan bawa baby ke pasaraya lagi kalau nak bawa gak kena adakan kawalan ketat. Nasihat melor pada sahabat semua" Berhati-hati bila bawa anak anda keluar" Sekian dulu untuk hari ni.


Thursday, November 19, 2009

Kamera

nstaolgia kakak Mya Dara

nostalgia irfan My Hero

Kalau nak berblog kena da gambar. Kalau nak gambar kena da kamera. Kalau xda kamera xda gambar. Blog xda gambar x menarik lak. So kena la da kamera. "Jadi sahabat fikir la sendiri". Semua gambar yg da skrg ni melor ambil dgn kamera tpon nokia 5310 je sbb tu gambar2 x berapa cantik. Lagipun melor berblog ni tanpa di rancang mcm kata org tua2 bidan terjun xda persediaan. Teringat pula da 1 kamera digital hadiah harijadi beberapa tahun yg lepas tak dipakai. Dlm hati melor berkata mungkin leh pakai. Suka ye hati save bajet dan air liur x perlu goda mr hubby utk dptkan kamera. Dgn excited ye melor pun cuba lah kat computer hampeh xleh baca. Member melor beri cadangan cuba pakai "memory card reader" pa pula la benda alah tu mana nak di cari ni bukan ye melor fasih gat bab2 computer ni. Semua ye main bidan terjun. Maka melor pun pergi 1 kedai computer tanya la jurujual tu da tak memory card reader hampeh x di layan ye. Melor tanya skali lagi da tak benda alah tu dgn muka masam dia menjawab da awak nak yg mcm mana ? (dgn nada serius). Terkedu sekejap, dlm hati melor berkata napa gan jurujual ni mungkin belum sarapan pagi lagi kut atau pun tertelan anak tebuan. Hajat hati x kesampaian sbb xda yg sesuai dgn komputer melor. Pa nak buat ye. kalau blh nak la juga gambar secantik org lain clear dan bersinar-sinar gitu. Takpa sabar dulu nanti pikir pa patut dibuat. Sementara tu mari kite layan gambar anak2 melor yang da dlm simpanan.


Wednesday, November 18, 2009

Susah Hati

Ni nak cerite sikit melor sekarang susah hati sebab computer melor masih tak ok. Walaupun ramai yang membantu masalah belum juga selesai. Mr hubby pun ada membantu tapi tak jalan jugak. Baby pun ada jugak membantu habis kelam kabut computer ibu dibuat ye, Mana nak cari pakar IT yang boleh menyelesaikan masalah melor ni agak ye?. Maklumlah melor ni rabun bab2 computer ni. Nak kata buta masih lagi tahu tekan2 pa yang patut. Kalaulah ada yang dapat membantu," hai betapa senang dalam hati" petikan kata-kata cik ramlee dalam cerita seniman bujang lapok. Melor mula rasa sakit kepala sebab terlalu memikirkan benda ni. Computer ni bila sekali dah pegang tidur malam pun boleh termimpi2. Sementara tunggu masalah di selesaikan pa yang patut melor buat?

* patutkah melor ikut pemandu cute ni ronda2 kl?


Monday, November 16, 2009

Melor dah ada blog sendiri

Alhamdullillah dah wujud dan timbul pun melor punya blog. Dah lama berangan hari ni baru menjadi itupun belum lagi sempurna masih banyak masalah. Terima kasih banyak2 buat akak Mrs Nor (hobi dan kehidupan), lovelydcollection, dan mereka yang berkenaan dalam membantu melor mewujudkan blog ini. Terima kasih banyak2 sekali lagi.