12 March 2019

Kemboja Merah Hati Di Laman


Terapi lagi Senah eh. Nampaknya laman baru Cik Melor ni banyak pokok bunga kemboja la. Ada kemboja bonsai merah hati, pink, putih dan ada juga kemboja biasa warna pink, merah, putih kuning. Contoh macam kemboja merah hati/ maroon dalam gambar kat atas nun.

Rindu pula dengan pokok kemboja putih kuning Cik Melor dulu. Apakhabar dia sekarang. Sihat ke, berbunga lebat ke, subur ke hidup kemboja kuning kesayangan Cik Melor tu. Senah nak tahu tentang kemboja kuning Cik Melor tu sila-sila la klik di sini Kemboja Berbunga Sulong. Kemboja Ku Jadi Header 

Sebenarnya Cik Melor hanya mewarisi saja pokok-pokok bunga ni setelah 2 bulan dijaga, dibelai dan dibaja, nampaknya pokok-pokok kemboja ni galak nak berbunga. Kalaulah setiap ranting yang ada mengeluarkan sejambak bungakan bagus.  Mesti cantikkan Senah.

Kembang sejambak, sekuntum pun Cik Melor dah suka sangat. Kalau berjambak-jambak kembang mesti gilerrrr suka lompat bintang semua duk ada Cik Melor kan hiihihi.

Jom Senah tanam bunga buat terapi mata dan minda. Bye.


4 comments:

Warisan Petani said...

Cantik

Cik Melor said...

warisan petani. cantikkan

Normala Saad said...

Saya memang minat sangat kemboja ni. Baru order variety baru.

Cik Melor said...

Normala saad

nanti boleh le cik melor gi melawat blog , tengok bunga baru.