24 August 2018

Kurung Moden BerLace & Tip Menjahit

Sebelum membebel entah apa-apa Cik Melor nak bagi tahu hari ni tingkap kedai kita dah buka ya. Tingkap kedai kita ni tak boleh tutup lelama senah eh. Nanti tak pasal-pasal tingkap kedai kita kena simbah cat merah huhuhuhuu.
 
kurung moden
kurung moden berlace Cik Melor jahit😁

Entri yang lepas Cik Melor ada tunjuk dan bercerita pasal baju mini kurung berlace yang dijahit. Sesambil menayang tu kita selitkan sekali tip nak menjahitnya. Terutama  cara nak jahit lace yang berbiku keras cokeng tu kih kih kih.

Gambar kat atas tu, baju kurung moden berlace dari kain chiffon berbatu-batuan senah eh. Jenuh nak kena korek buang batuan yang duk ada. Silap cungkil belubang le kain orang. Risiko yang terpaksa  ditanggung situkang jahit emmm. 

Sebelum kita cerita rahsia dan tip jahit, macam biasa lah Senah kena janji. Janji jangan kasi tau orang lain ya. Ini rahsia kita-kita je. 

Selama kita menjahit, banyak kali la kita jahit kain chiffon. Kita peratikan kain chiffon ni ada 2 jenis. 1lembut macam kain biasa, 1 lagi jenis lembut bila tarik, kainnya macam memeri sikit. Memeri dia tu bukan la memeri macam kain lycra. Sapa yang selalu jahit kain chiffon diorang akan tahu lah apa yang kita kata ni. Biasanya kita gosok dulu kain chiffon ni sebelum potong Senah eh

jahit lace

Gambar atas tu kita nak tunjuk yang hujung tangan baju kurung moden kita jahit lace. Senah nak tahu lace tu lembut sangat. Susah betul nak acu dikain, tak duduk diam ni. Jadi kita letak gam sikit bagi diam duduk si lace tu hihiih.

Kalau ikut warna lace, kita rasa boleh jahit guna mesin je. Tapi tak boleh la Senah eh. Lace tu datang siap berjahit manik, jadi kita kena jahit tangan juga la humm.

Masa nak jahit lace tu guna la benang yang sama dengan warna lace dan boleh masuk dengan warna kain di bawah lace. Baru la atas bawah cantik senah eh. Kita ni bila menjahit qualiti kena jaga. Customer puas hat Senah pun senang hati kannnn.

Sayang betul kita lupa nak snap gambar bahagian bawah yang kita jahit tangan. Nak tunjuk Senah betapa bahagian bawah pun jahitan kena jaga. Jangan duk berselirat macam wayar letrik sambung curi je.

Nanti, kalau kita jahit lagi lace guna tangan kita tunjukkan Senah hasil atas bawah jahitan kita ya. 
 Bye.


No comments: