Monday, July 24, 2017

Baju Kurung Sweet Pinky

baju kurung

Hai senahhh.. biasa la cik melor, suka tayang-tayang. Kalau tak menayang boleh kena penyakit  murung hihihhi. Beberapa minggu yang lepas kita jahit sepasang baju kurung senah eyyyy. Cantik corak kainnya. lembut kainnya. sweeeeet warnanya rasa nak gigit-gigit je kain tu. 

Kita namakan baju kurung sweet pinky.  Kerana terlalu lembut kainnya masa nak potong tu kita kena pin sekeliling. Itu satu hal. Time nak jahit pun sama asyik nak lari je kain baju kurung sweet pinky tuh. Penat juga la mengejarnya  Fikir positif. Kau lari aku kejar. Lama-lama siap la sepasang baju kurung sweet pinky tu hahahah

Baju kurung sweet pinky ni milik customer baru kita. First time jahit dengan kita. Gabra juga la kita menjahitnya. Tambah-tambah customer baju kurung sweet pinky ni orang ada setatus senah eh. Laaagi le buat kita gabra. Takut tak sedap pakai, takut jahitan tak cantik, takut jahitan tak kemas la. Hummm banyak sungguh takut dia kan.

Begitu la kita, walaupun dah banyak menjahit baju orang, Macam-macam fesyen kita jahit. Terutama jahit baju kurung macam baju kurung sweet pinky tu, perasaan gabra tetap ada. Gabra datang time customer nak kena ambil baju. Gabra tu boleh buat kita tak lena tidur senah eh kih..kih..kih.

Dalam gabra-gabra tu, baju kurung sweet pinky dah pun di ambil oleh pemiliknya. Tunggu la juga feed back dari customer baru kita. Takda komplen apa-apa. Ok la tu agaknya alhamdullilah. Bye


2 comments:

aryan azra said...

memang sweetlah baju tu, ia kan kalau kain yang berlari2 masa nak jahit tu susah nak kejar kan. perasaan takut tu biasalahkan bila untuk customer baru, tapi nampak cantik je kejadian baju tu mesti customer puashati tu..

salam kenal ye cik melor

Cik Melor said...

aryan azra.
salam kenal juga. tq dtang tq komen. datang le lagi, komen le lagi cik melor suka tau