Friday, May 5, 2017

Tip, Trik, Idea. Kasut Sekolah Sentiasa Putih

tip kasut sekolah putih
cuba lihat perbezaan diantara kasut-kasut tersebut

Petang tadi masa nak mangga pintu tertengok kasut sekolah sibujang ngan makcik google. Ya Allahhhh... tersangat la kotornya. Nak bagi pakai kasut lagi satu rasa macam tak berbaloi. Ya la senah eh, esok dah hari jumaat, kalau cik melor bagi pakai kasut baru. Hari sabtu nanti kena sental 4 pasang kasut. Penat woooo..

Nak selamatkan tenaga hilang dek kerana menyental banyak kasut hari minggu. Kita guna tip, trik, idea kasut sekolah sentiasa putih. Zaman kita sekolah dulu selalu kebas kapur tulis papan hitam cikgu buat kapur kasut. Zaman sekarang mana nak dapat kapur tulis, semuanya pakai marker huhuhuu..

Senah nak tahu ke rahsia kasut sekolah sentiasa putih kita??. Boleh je kongsi tapi ingattttt... senah jaaaangan kasi orang lain tahu ya. Kalau terdesak boleh la ikut, Kalau malas-malas pun boleh  ikut tip,trik, idea kasut sekolah sentiasa putih kita ni.

cif
 perkenalkan cream pencuci Cif

Ini le benda yang kita guna untuk cuci bahagian getah kasut tu. Basahkan kain picit cif sikit dikain basah lap la sampai hilang hitam-hitam di getah kasut tu. Manakala bahagian kain (body) kasut, kapur je la dengan kapur kasut . Lepas tu letak le belakang peti sejuk ke, bawah petis sejuk ke , bawah kipas ke, mana-mana lah janji besok pagi kapur kasut tu kering.

Bila malas datang,  kes emergency ke, itu la yang kita buat. Kita guna tip, trik, idea kasut sekolah sentiasa putih rahsia kita tu hihihi. 

Ingat senah ya, jaaangan bagi tahu orang lain pasal tip,trik,idea kasut sekolah sentiasa putih, rahsia kita-kita je ni tau hahaha. Bye.


No comments: