03 May 2017

Aktiviti "Indoor" Bersama Mereka

Cuti 3 hari tapi macam cuti 1 hari je. Tak dapat nak pergi jauh senah eh. Sabtu sibujang dan makcik google ada kelas. Ahad sibujang  ada lagi kelas. Cuma hari isnin je free. Jadi kami bawa mereka beraktiviti 'indoor' di splendid. Aktiviti 'indoor' berbayar senah eh. Bayar pun bayar lah janji mereka gembira kan senah.

aktiviti indoor
berjaya tumbangkan lembu merah

Biasanya hari minggu, kita paksa diaorang buat aktiviti outdoor macam kayuh basikal, main badminton, lompat-lompat di taman. Kalau hari-hari hujan  nampaknya kena buat aktiviti 'indoor' je lah

Kesian tengok berkurung dalam rumah. mengadap tv dan internet. Jadi kita bawa diorang pergi buat aktiviti indoor di splendid.. Kira ok la juga walaupun keadaan dalam tu tak berapa nak ok huhuhuu... Janji diorang gembira boleh lompat, panjat, guling-guling dan jumpa kawan baru

aktiviti indoor

Ada beberapa mainan dalam splendid tu tapi yang nampak lebib menonjol dan seronok mainan lembu merah dan gelungsur bantal.  Yang tu le budak-budak duk  berebut main.

aktiviti indoor
selfie sebelum balik. Muka gembira tanpa ada rasa bersalah

Nasib baik ada kerusi di sediakan di hadapan  tempat main tu. Dapat juga le kita ngan tuan pengarah lepak kat situ. Tuan pengarah lagi best. Dia boleh bantai tidur kat atas kerusi tu. Anak-anak ber'indoor' di dalam, bapaknya ber'indoor' di luar. huhuuhuh

Kita pun buat aktiviti 'indoor' juga senah eh, Aktiviti 'indoor' merayau-rayau dari satu kedai ke satu kedai mengempiskan poket huhhuhu. Senah pula buat aktiviti 'indoor' apa? Bye.


2 comments:

nini said...

Wahhhh kemain...seronok betul tgk depa main

Cik Melor said...

nini
anak2 memang seronok. makbapak xberapa nak seronok