Haiiiii..., rindu ke?. Kita pun rindu, rindu sebab jarang update blog, rindu nak membebel ngan senah. Ingatkan bila sorang dah masuk asrama kurang lah tugas dan beban. Huh makin banyak la senah eh.
Yang tinggal berdua ni macam-macam aktiviti duk ada. Nak buat macamana, ikut je la rentak kehidupan yang dah tertulis. kan, kan senahhh.
Disebalik beban tugas yang tak pernah susut, cik melor sempat juga tanam pokok terung bulat senah eh. Tanam dalam pasu je. Kalau dah hobi, duduk le mana pun tangan tetap nak godek tanah. Dapat tanam sepasu dua pun jadilah. Buat penawar kata orang tuuuu..
Nampak tak buah terung bulat dalam gambar. Itu la hasil pertama kebun pasuan kita. Yang kecik tu tak dapat nak tunggu besar dah. Buruk tangkai dia la senah. Mungkin kerana cuaca yang sentiasa lembab di sebelah petang.
Ini la pokok terung bulat dalam pasu kita. Banyak bunganyakan. Terung bulat kita tengah rancak berbunga la senah. Bunga tu nanti berubah jadi putik. Putik tu la membesar jadi buah terung bulat dalam pasu. Risau juga la bila selalu hujan bunga dan putik terung bulat dalam pasu tu gugur.
Harap-harap bunga-bunga terung bulat dalam pasu tu kuat dan dapat bertahan dengan cuaca hujan yang tidak menentu ni senah eh.
Terung bulat dalam pasu sudah selamat kita goreng. Goreng letak cili padi, bawang dan ikan bilis makan dengan nasi panas-panas. Emmm amat la menyelerakan.
pisst..pissttt... kita upkan satu post sebelum kita 'fly' gi bercuti n selamat bercuti untuk semua. Bye
4 comments:
Cantik sangat pokok terung tu...pokok terung saya selalu kena serang dengan bena putih
normala saad
pokok terung saya dah x cantik lagi. kena tiggal seminggu terus tinggal nyawa ikan huhuhuuh
Fantastic great eggplant you have grown,
I am impressed.
have a nice day
marit
you tooo
Post a Comment