Wednesday, February 8, 2017

Anak Limau Purut Pun Dalam Pasu

limau purut

Masih lagi koleksi pokok dalam pasu diaaaa ..... Maklum la kita sekarang sedang mengumpul semula tanaman dapur. Tau tau aje lah kita ni suka sangat guna bahan-bahan segar. Kalau boleh pokok kelapa pun kita nak tanam dalam pasu. Senang awak senah eh nak dapat santan segar hahahhahaha....

Tak nak tipu-tipu tau. Anak pokok limau purut dalam pasu ni kita beli yang dah siap tanam dalam polybag. Rm10  kut rege dia lupa la senah eh. Semakin senja ni penyakit lupa tu makin kuat wehhhh.. 

Kalau semai dari biji rasanya, berbulan pun belum tentu kita dapat petik daun pokok limau purut dalam pasu tu senah eh. Jadi kita beli anak yang dah matang. Bawak balik lepas tu bela dengan penuh kasih sayang.

Walaupun kecil gitu anak limau purut dalam pasu tu sudah berjasa kepada kita. Daunnya dah selamat kita buat rencah masak huhuuh..

Dulu kita tanam pokok limau purut dalam pasu juga. Dari anak sampai boleh panggil bapak limau purut hahahha.... Nak bagi tau besarnya pokok limau purut kita tu. 

Bila berpindah kita terpaksa sedekahkan pokok limau purut bapak dalam pasu tu ke orang. Nak jual tak laku. Mana yang tak laku kita sedekah je senah eh. Menangis hati di dalam tuan pengarah pun tak tahu huhuhu.

Perlahan-lahan kita tunjuk dan kongsi dengan senah koleksi dan tip-tip supaya tanaman dapur hidup subur ok.

Jangan lupa siram tanaman senah dengan air cucian beras tau. Nak tahu kenapa senah cuba la siram selalu tengok apa jadi ngan pokok-pokok senah. Bye.


No comments: