27 September 2016

WORLD OF ROBOTIC - Kali Pertama Terus Juara

Kali pertama terus juara senah weyyy... Kisahnya si bujang cik melor, ia senah eh si bujang menang dalam pertandingan WORLD ROBOTIC peringkat kebangsaan yang di adakan pada hari sabtu yang lepas. Pertandingan world robotic ni bertempat di Setiawangsa.  Sekolah si bujang menjadi tuan rumah kali ini.

Nak masuk pertandingan ni pun bukan la boleh masuk gitu-gitu je senah eh. Di sebabkan keahlian Kelab World Robotic sekolah Setiawangsa ni ramai maka beberapa kriteria di ambil kira untuk melayakkan ahli untuk jadi peserta. Rezeki si bujang kite agaknya namanya berjaya melepasi kriteria yang ditetapkan. Rezeki nak jadi juara  la tu. Suka ibu dia tau hihihi.....

 world robotic
 Junior Team 1

Dalam pertandingan World Robotic ni ada 2 kategori iaitu senior dan junior. Si bujang kita masuk kategori  Junior Team. Junior team pula di pecahkan kepada 3 kumpulan. Kumpulan si bujang kita di panggil Junior Team 1. 

Sebenarnya si bujang kite baru je masuk kelab World Robotic sekolah dia. Disebabkan semangat berpasukan yang tinggi membantu si bujang kite meraih kejayaan buat kali pertama dengan teamnya. 

Walaupun ini merupakan penyertaan kali pertama si bujang kite dalam pertandingan World Robotic sekolah dia. Bangga kite senah eh. Berbaloi la sampai demam turun naik tangga sekolah dengan lutut tak kuat ni.

Gambar di atas tu merupakan Junior Team si bujang walaupun tak sama kelas tapi mereka boleh bekerja sama sebagai satu pasukan untuk berjaya dalam pertandingan World Robotic hari tu. Syabas anak-anak semoga terus berjaya melakar kejayaan.

Untuk kategori senior, sekolah Setiawangsa mendapat tempat kedua. Takpa anak-anak senior boleh cuba lagi untuk pertandingan World Robotic yang akan datang .

world robotic
berita Harian Metro

Si bujang kita masuk paper la senah ehhhh....  Kite potong dan paksa tuan pengarah laminate cerita tu supaya tidak rosak bila simpan lama. Nanti bila si bujang kita dah besar boleh la tunjukkan dia. Kejayaan yang dia pernah buat kan senaaahhh. Bangga ibu awak ni tau.

world robotic

Ni ada beberapa keping gambar masa pertandingan World Robotic tu kita collagekan untuk tatapan senah semua. Dengan lakaran kejayaan  kecil ni, kita berharap ia membuka jalan untuk sibujang kita melakar kejayaan yang lebih besar. 

Nak tahu lebih lanjut tentang WORLD OF ROBOTIC jangan lupa google senah ya. Kini maklumat di hujung jari la sayang eeeey. Bye.


2 comments: