Friday, September 2, 2016

Pertandingan Pakaian Tradisional Sempena 'Merdeka Day"

Semalam pertandingan pakaian tradisional sempena hari kemerdekaan bagi PRA sekolah makcik google.  Sekerat hari le kite berada di sekolah bantu apa yang patut. Seronok senah eh tengok kecomelan anak-anak dengan gelagat tersendiri.

Kalau orang lain  makpak diorang buat baju dari bendera. Kite pun teringin juga nak jahit baju dari bendera untuk makcik google bagi pertandingan pakaian tradisional sempena kemerdekaan. Itu the headmaster sekolah makcik google tak benarkan. Kata the headmaster,  'NO BAJU FROM BENDERA PLEASE'. Kite mesti hormat bendera negara. Ada betul juga kata-kata dari the headmaster makcik google tu senah kan.

pakaian tradisional budak
3 orang anak dara gedik comel

Makcik google and the gang masuk kategori kebaya nyonya untuk pertandingan pakaian tradisional tersebut. Tak sangka pula ada 3 orang pakai tema yg sama but not same corak hahhahah lama dah cik melor tak speak london. Rindu lah senah eh hahahhaah.....

Sebenarnya banyak kategori yang di pertandingkan cuma kite suka nak bercerita mengenai kebaya nyonya sebab makcik google kan masuk kategori pakaian tradisional tersebut.

pakaian tradisional

Hahhhh apaaa senah tak tahu kebaya nyonya???? Ish..ish..ishhh..... senahhhhh... Takpa-takpa kite setori sikit sejarah kebaya nyonya ni kat senah.

Kebaya nyonya ni terkenal di kalangan cina peranakan Melaka. Diorang pakai kebaya nyonya ni dengan sarong batik dan berkasut yang di jahit manik. Baju kebaya nyonya kebiasaanya akan di jahit sulam yang indah, cantik dengan corak tersendiri. Kalau di Melaka senang nak jumpa kedai yang jual pakaian tradisional ni.

Seiring dengan masa kebaya nyonya juga tidak dapat lari dari mengalami perubahan. Pelbagai cara orang pakai kebaya nyonya ni. Ada yg pakai dengan seluar panjang la. dengan skit la. Huh suka hati diorang la nak pakai dengan apa pun janji mereka bahagia kan senah.

Walaupun berubah mengikut peredaran masa,yang penting ciri-ciri ketulinan kebaya nyonya tetap tak berubah. Ada yang kata kalau berkebaya nyonya kite kelihatan cantik. seksi tapi sopan hihiihh.


Pisssst.....pisttttt,,,, kite pun ada 1 kebaya nyonya tapi sedih dah x muat nak sarung  daaaa... Byeeee


2 comments:

Mila@Rimbun said...

dah besar cik google yer.. dah sekolah pun

Cik Melor said...

mila
emmm makcik google dah besar. tahun depan nak msk darjah 1 dah. mcm2 pandai duk ada. mcm2 permintaan duk buat