30 September 2015

Perca - Baju Dan Skirt Makcik Google

skirt budak

Vit, vit, cantik tak anak dara kita. Laaaaa..... senah dah lupa ke? tu kan makcik google. Uuuuiiii...... makcik google sekarang dah besar la senahhhhh. Pandai macam-macam, minta macam-macam. Sebab suka macam-macam la, mak dia kena buat bermacam-macam. Contohnya yang duk pakai tu. Cantik tak senah eeeey.

skrit budak

Bukan satu tapi 3 awak senah weh. Semua dia punya. Sidara muncung je sebab dia punya takda. Emmmm... sidara tak boleh main kain perca. Makcik google boleh la. Potong sana, sambung sini jadi la skirt dan baju. Sidara punya tungguuuu.... senah pun tunggu la kalau nak tengok ya.

Macam tu la, orang banyak anak. Jeles-jeles tu memang ada. Nasib baaaik sibujang kita tak suka pakai skirt. Kalau tak haru satu setiawangsa huhuhuuh....

Sebenarnya kita buat baju ngan skirt tu guna kain perca dan kain lama je senah eh. Orang putih kata recycle gituuuuu..... Betul senahhhh. Skirt kaler itam tu dari kain sekolah sidara yang dah senting dan koyak. Nak bagi orang pun macam tak cun. So kita potong buang yang koyak dan kita tampal bunga lace tabur-tabur. Nak letak di kaki bunga lace  tak cukup panjang. Jadi potong dan taburkan dia. Padan muka bunga lace tu kena tabur hahahhahah....

Baju tu pula kita guna perca kain laycra yang lebih buat tudung sekolah makcik google awal tahun hari tuuuu..... Dapat le selai baju fesen saloma kata makcik google.  Belum siap betul-betul membe dah minta nak pakai. Emmmm... entah bila la boleh disiapkan. Susah nak tanggal tu senah eh.

Skirt kaler ijau, dari kain sekolah agama sidara pun dah senting juga. Dipotong, dicantum, disambung. Jadi la skirt kaler ijau kata makcik google. Pastu, nak bagi nampak semengah ala-ala butik cik melor. Kita sulam la sikit. Sulam pakai mesin je sesambil test mesin sulam. Beli dah lama gunanya jarang-jarang huhuuhhuhu.....

Skirt kaler birukuning tu pula, guna kain lebihan baju kustomerrrr kite. Ingat tak, sebelum raya kite cite pasal baju yang kite potong tapi tak boleh jahit lagi. Haaa.... yang tu la. Kustomer kite tak nak lebihan kainnya. Kite pun buatkan la untuk makcik google skirt. Kata makcik google.

makcik google : mommy, skirt biru ni kena pakai ngan baju kaler biru.
ibu : nanti ibu buatkan
makcik google : mommy, skirt kaler ijau ni saya nak pakai ngan baju kaler itam boleh
ibu : nanti ibu buatkan
makcik google : mommy, skirt kaler itam ni nak pakai ngan baju putih
ibu : ok nanti ibu buatkan

Caya dak senah eh. Makcik google memang suka mcam-macam. Pastu mak dia yang feeeening bermacam-macam hahhahahha....... Bye


5 comments:

Honey said...

Salam Cik Melur,

Oh Cik Melur ambil upah menjahit ya? Bagus betul sebab tak payah beli baju di mall dah untuk makcik google haha. Tapi.. kenapa namanya di beri makcik google? Dia rajin surfing kah? hahahaha.

Cik Melor said...

hani.
jahit suka suki, penuhi masa , penuhi poket sendiri dan yang penting sibukkan diri hahhaha. makcik google x pandai surfing tapi pandai jeling. krn nak ngandungkan dia buat mak makcik goole cinta gila ngan atuk google hihiih

Fida Z Ein said...

Kreatif...nak buat baju ni kena jahit dengan tekun....kalau saya...lambat siapnya...

Fida Z Ein said...

Kreatif...nak buat baju ni kena jahit dengan tekun....kalau saya...lambat siapnya...

Yati said...

Ok ler tu, Melor. Lawa skirt hitam tu, yang lace tabur. :)