Tuesday, October 13, 2015

Tanam Pokok Bunga Pun Perlu Ada Ilmu Tauuuuu....

Hai senahhh..... apakhabarrrr? lama kan Cik Melor tenggelam. Tenggelam timbul gitu. Nasib baik tak kembung hihihihiih...... Buat apa tu senah eh? Rindu kah di kau pada bebelan ku?. Mari sini Cik Melor beleber wi smakok duo hahahahah....

Emmmm..... kisahnya, ada la si polan tu, kata pokok keladi hiasan kite tu beracun. Memang la spesis keladi semuanya beracun. Sebab tu, nak tanam pokok kena ada ilmunya. Jangan main tanam je. 

Sama juga dengan makanan. Walaupun itu makanan, mana boleh main bedal je. Ada juga yang mudaratnya kan senahhhhh..... ahaks

Anak kite 3 senah eh. Yang sulong tu dah jadi anak dara pun. Selama kite tanam pokok keladi tu takda pula anak kite kena apa-apa. Bukan nak cakap takbur atau cakap besar deh. Kite sebagai pencinta pokok bunga dan sebagai mak kena la latih, nasihat, ajar anak kite jangan usik pokok bunga kite tu. Dah tahu ada anak kecil paham-paham sendiri la. 

Bukan keladi hiasan saja yang beracun senah eh. Banyak lagi pokok bunga cantik-cantik. Yang senah duk tanam tu tanpa di sedari  lebih beracun dari keladi hiasan tau. 

Alaaaa.... keladi sayur yang duk jual kat pasar tu pun kalau tak pandai siang, tak pandai masak pun boleh bisa juga jadinya. Tekak bengkak dan gatal-gatal kalau tak pandai masak dia kan senah. Sentuh pokok dia aje pun jemari kite boleh gatalkan senah. Yang penting Illlllmu.... kan, kan, kan senahhhhh ....

Nih kite tempek sebahagian gambar pokok bunga cantik yang biasa duk ada di laman rumah tapi senah tak sedar akan bisa dan racunnya. Hemmmmmm...... nak tahu banyak, senah sendiri lah google cari. Malas la Cik Melor nak taip panjang-panjang eeeehhhh......

hobi & tip berkebun
 Pokok bunga kemboja/adenium. Macam-macam kaler ada senah. Cantik kan tapi sangat beracun wehhhh..

hobi & tip berkebun
 Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang beracun.
hobi & tip berkebun
 Pokok bunga jarum tujuh bilah. Cantik bunga dia kan. Pucuk dia boleh buat ubat kanser tapi duri dia sangat la bisa. Kalau tertusuk durinya di jari  boleh bengkak lepas tu  berdenyut macam kena gigit penyengat. Ambil masa nak baik.

hobi & tip berkebun
 Pokok bunga tiga bulan/siti zubaidah. Cantikkan tapi bisa racun dia nak sama dengan racun sianida

hobi & tip berkebun
Bunga daphne juga dikenali dengan nama lady laurel atau tanaman syurga. Seluruh bahagian dari bunga ini beracun tapi bahagian yang paling beracun tertumpu pada getah dan buahnya. Daphne mengandung mezerine dan daphnin, merupakan racun kuat yang boleh menyebabkan sakit perut, sakit kepala, diarhea, kegilaan, dan sawan. Jika buah daphne digunakan secara berlebihan boleh menyebabkan koma bahkan kematian.

hobi & tip berkebun
yang ni hujung daun dia tu kalau tertusuk mata boleh buta tau. Sebab duri dia tajam sangat. Sebab tu ada yang letak kulit telur di hujung daun pokok tu.

Hemmmmm...... bukan pokok saja beracun, bela kucing pun ada risikonya. Pokok pangkalnya kena ada iillllmu..... senah iya. Bye


1 comment:

Fida Z Ein said...

Ya betul tu...setiap tanaman ada bahan aktif semulajadinya....kena ada ilmu bila nak tanam....contoh lain...lobak putih pun ada...iaitu dithiocarbamates secara semulajadi...kalau nak makan jangan berlebihan...