Thursday, January 22, 2015

Recycle - Sebatang 30 Sen

recycle

Hai senaaahhh..... kite nak kongsi lagi ni. Apa la cik melor ni, tak habis-habis dengan perkongsian dia tu. Perasan dah pandai sangat ke. Tu sebab suka kongsi-kongsi benda yang tah apa-apa kan senah.

Kite ni bukan la pandai sangat jauh sekali nak menunjuk-nunjuk. Kite sedar diri, kite ni sekolah puuuun tak tinggi. Belajar sekerat jalan je cikgu mati tak sempat ambik peksa waaaaa. Kaya pun idok, jauh sekali harta menimbun. Sebab tu la kite kongsi benda-benda yang boleh menjimatkan. Maklum lah ai nih golongan marhain kesian dok senah eh.

Pepagi time breakfast. Anak-anak kite kan senah, minum milo. Kadang tu habis segelas memasing. Kekadang tu tak habis. Tambah-tambah kalau pagi tu tuan pengarah yang buatkan diaorang breakfast. Pasti air milo suku aje yang di minum. Shhhhh!!!!! diorang cakap bapak diorang buat air tak sedap kih...kih...kih....

Nak buang sayang, Kalau di simpan diaorang tak nak minum dah. Diman tau diorang ni. Elakkan pembaziran, kite masukkan dalam plastik aiskrim jadikan aiskrim mesia. Hemmmm tak sempat keras diorang dah sebat habis semua hahahaah....

Aiskrim yang kat atas tu lebihan breakfast yang tuan pengarah buat hihihihi...... Anak-anak tak habis minum kite buat alteration haish dah macam alter baju lak bagi sedap tapi kan senah, kite terlebih tambah air la. Dah kena tambah susu lagi, jadi makin banyak aiskrim tu. Kalau tak, sehari kite dapat 2 atau 3 batang ais krim mesia je. Cukup la sebatang sorang.

Bila dah jadi aiskrim eh... eh.... boleh pula diorang cakap sedap. Berebut memasing, sehari je licin semua aiskrim mesia recycle kite tuh  huuhuhuh.... Bye.


2 comments:

Suzie said...

bagus juga ....saya pagi2 x bancuh dlm teko ...bancuh dlm mug je...share..heheh

mamawana said...

Assalam

Hehe...rindu nyonyot eskim gitu masa kecik kecik dulu...