Monday, January 12, 2015

1st Day Makcik Google Pergi Taski

cmelor photoblog

Hai senahhhh.... 7.30 am, makcik google posing maut hahahahah.... Tahun ni 3 orang anak 3 sekolah kite kena pergi. Setiap pagi tawaf satu setiawangsa wehhhh.....
 
Lepas hantar kakak dan abang ke sekolah kebangsaan dan agama. Singgah beli bihun kegemarannya untuk bekal ke sekolah. Posing-posing dalam kereta, saja je nak melambat-lambatkan masa. Cepat pergikan cepat pula sampai pastu takde tempat nak paking pula.

Sekolah mula pukul 8am. Dekat-dekat kul 8 tu kebarangkalian ada ruang untuk park kereta besar la sikit. Sebab masa tu ramai orang dah pergi kerja. Haw tu du. Sekeliling ada apartment dan flat. Huh jenuh nak cari parking.

Elok-elok sampai taski, anak kereta depan kite keluar bawa beg 'Elsa frozen' apa lagi mengamok la makcik google. Kata dia 'itu anak boleh bawak beg elsa, kenapa saya tak boleh? Tak aci saya nak juga' Ambik awak senah eh. Puas pujuk, janji nak beli baru dia nak masuk sekolah. Emmmm mana nak cari beg Elsa nih. Help! Help! sapa tahu mana ada jual beg elsa. Bagi tahu kite dengan kadar segera ya.

Pukul 10.30am keluar ambik hero terus kite buat pusingan pergi ambik makcik google. Hahahhahha tak biasa jauh dengan mummy dia, terus demam senah eh. Hari pertama gi sekolah makcik google demam mengamok tak nak gi sekolah sebab boring la, sekolah kecik la, takda beg elsa la. Untuk memujuk mummy dia sekali lagi janji nak belikan beg elsa. Dan untuk kedua kalinya Help!Help! mana ada jual beg elsaaaaaa pelizzzzzz.... hahaha. Bye.


1 comment:

Nooriah Abdullah said...

assalamualaikum, dah follow wah ada makcik google kat sini ke??