Sunday, January 11, 2015

Tutorial Kain Sekolah Express

tutorial & Tip Jahitan

Hai senahhh..... hari ni kan cik melor nak berkongsi ilmu jahitan. Kongsi cara nak jahit kain sekolah express macam kite. Ini cara kite ya. Orang lain kite tak tahu okeh. Mana yang dah tahu tu diam-diam je la. Mana yang belum tahu! Jom tengok tutorial yang cik melor buat ni. Ikut nombor ya.

1. kain dalam 1 meter setengah dan getah pinggang 1" ikut panjang lilit pinggang di tolak 2". Kena ambil kira juga dengan keanjalan getah kain tu. Ada yang jenis kuat dan ada yang jenis lembut. Pandai-pandai la buat kira-kira ya.

2. kelim tepi kiri kanan kain tadi. kalau nak cantik guna benang kelim warna hitam.

3. cantumkan kain dengan jahit lurus dalam 1/2,3/4 @ 1". Kite punya tu jahit 1/2" je. tengok gambar ya.

4. Jahit kaki kain dengan lipat 1/2".

5. buat susun dan jahit tindih kasih supaya senang masa mengosok dan kemas masa memakai. 

6. potong bahagian atas kain ikut labuh yang dikehendaki + 1 1/2" untuk lipat getah pinggang.

8. lipat kain dan jahit lubang 1 1/4" dan masukkan getah kain guna pin

7. pin getah kain kiri kanan. 1 hujung masuk lubang, 1 pin di kain supaya tak terlepas kedalam.

9. dah selesai masuk getah, jahit hujung getah macam dalam gambar ya. pastu jahit tutup lubang

10. jahit di tengah getah untuk kukuhkan kedudukan getah serta kelihatan kemas.

11. lepas tu tengok la pulak gambar di bawah ni hiihihihi......


tutorial & tip jahitan

Tadaaaaa...... dah siap kain sekolah express kite. Dalam masa 15 minit pun dah boleh siap senah tau. Pissttt...pissstttt nanti kite kongsi rahsia kain sekolah express pula. Tunggu tau. Bye


No comments: