Tuesday, November 25, 2014

Pelik, Keliru - Aku Pun Tak Mengerti

Hai senahhhh.... tetiba je cik melor rasa sibuk sikit la minggu nih. Ingatkan cuti sekolah boleh la rilex guling-guling sila panggung. Rupanyer tak boleh senah eh. Adaaaa..... je yang nak dibuatnyer. menjahit la, alteration la, hobi kraf la di campur dengan kerja rumahtangga huh penat tak terkejar kite. Emmm.... tambah pula perisa duk berperang ngan anak-anak buat kite rasa nak menyanyi ala-ala ziana zain  senah eh hahahha.......

Apa kaitan tajuk dengan intro??? tah kite pun tak tahu hihihihih.... bedal aje lah senah eh. Janji u n mi hepi tugeder hahhahah...... Yang penting ai menaip u baca kan senahhhhh.....

Senah, senah kite nak tanya. Masa senah gi kedai runcit nak beli barang, tak kisah la barang apa sekali pun. Tokey kedai yang letak rege atau pun senah yang letak rege? kite keliru la. Contoh tengok macam bawah nih.

'aku nak guna perkhidmatan bas sekolah kau. aku bayar kau bas sekolah sepuloh hinggit sebulan okeh' 

'Ai nak jahit baju, nak pendek sini, labuh situ, ropol atas, kedut tengah n kat bawah dia ai nak u letak lace mahal tu dan manik crumble kan sekali. Ai bayar u 5 hinggit okeh.' Dah la 5 hinggit hutang pulak tu.

Cukup tak paham dengan orang sana, orang sini yang berperangai macam tu. Awak nak guna khidmat orang. Awak kena la ikut harga yang orang tetapkan kan senah. Ini tidah nak ikut harga dia. Kalau nak ikut harga awak lebih baik awak sendiri yang potong, awak sendiri yang jahit dan dah tentu-tentu awak sendiri yang pakai kan senah hahahhaha.....

Tak kira apa saja la kan. Sebut aje guna kudrat orang, guna tenaga orang, guna duit orang, sila tolong bayar seperti yang telah di tetapkan. 

Kalau kedai aaaah seng, kedai ravi, kedai simon, kedai giant dan macam-macam nama kedai lagi la. Pandai  pula dia bayar diam-diam walaupun ketika membeli tu ada berlaku penipuan harga. Tak berani pula nak minta diskaun ke nak komplen ke. Huh tak faham sungguh.

Kalau kedai aminah, kedai ali, dah murah nak murah lagi. Kalau boleh dapat free lagi la suka hati senggeh sampai ke telinga. Tak  patut senah kan. Kedai aminah, kedai ali pun nak kena makan juga. Penat pun sama dengan kedai ah seng, kedai ravi, kedai simon, kedai giant dan macam-macam kedai yang duk ada tuh.

Ingat kedai aminah, kedai ali tu diorang makan pasir, laukkan daun kayu yang banyak tumbuh kat hutan tu ke. Betul-betul tak baik tau orang sana orang sini buat perangai macam. 

Cuba awak renung-renung, kalau boss kat tempat kerje awak tu bayar gaji awak singgit sebulan, awak rasa sakit hati tak.  Awak rasa awak dah buat yang terbaik jadi awak berhak dapat gaji yang setimpal dengan kerje awak kan. Aaaaa.... begitu juga la dengan kedai aminah, kedai ali. 

Mereka juga rasa berhak di bayar setimpal dengan hasil kerje mereka. Walaupun mereka hanya bekerje di rumah, bekerje di tepi jalan, bawah pokok. Sapa awak nak menentukan harga hasil kerje orang. Emo jap kite tau.

Apa yang di taip tak ada bersanggutan dengan yang hidup dan yang mati. Hanya taipan meluah rasa kekeliruan di mata kite. Walaupun begitu kite tetap cik melor yang suka pok pek - pok pek dan ketawa besar hahhahha.....Bye


2 comments:

Yati said...

Kalau orang camni, tak yah layan, Melor. Buang karan jer. :)

Cik Melor said...

yati
gitu la manusia nih. byk yg pentingkan diri sendiri aje. susah penat org bukan dia nak fikir. Papa pun hepi new year tu u la