Friday, November 21, 2014

Maxi Dress Simple - Jahitan Cik Melor

maxi dress

Hai senaaahhhh.....angin rajin mariiiiii la hari ni. Cik melor rasa nak menayang lagi la senaaaaahh....... Nak tayang hasil kerja jahitan kiteeeee.... Semalam dalam duk boring tu sempat la kite siapkan 2 helai maxi dress. Tak caya ya? tengok gambar di atas tu. Kan itu maxi dress. Ada orang panggil dress aje. Cantik tak senah eeehh.....?

Jenuh tau nak jahit maxi dress ni. Kain 4 meter dan bukaan kainnya 45 inci je. Lepas tukan corak kainnya pula berkaki. Lepas tu lagi, kain dia jaraaaaaang senah eh. Lagu mana nak di buat tu. Pikir punya pikir kite pun dapat idea nak settle masalah ni. So inilah penyelesaiannya.

kain 4 meter bukaan 45 :
  • kite cuba kecilkan basi untuk elakkan kain tak cukup. 
  • kiraan mesti betul dan tepat.
  • sebelum potong, atur pola atas kain supaya tak berlaku kesilapan.
corak kain berkaki :
  • terpaksa potong kain melintang ikut corak kain.
  • terpaksa buat potongan di pinggang.
  • pandai-pandai la atur kan dan cantum corak kain supaya tak nampak pelik hihihiiih....
  • so jadi la macam dalam gambar kat atas tu. cantik tak senahhhh???
kain nipis :
  • beli kain alas, mencari kain alas pun boleh tahan rumitnyer
  • kena tanya harga kain alas yang puan kain nak ( murah @ mahal )
  • baju ada lining, kerja jadi 2 kali.
  • terpaksa cari kain alas yang warna paling hampir sebab takde warna sama.
maxi dress

ciri-ciri yang di jahit pada maxi dress kini ni ialah :
  1. jahitan lining - di zip sorok macam baju kedai atau butik. sebelum nih kite tak pernah jahit macam tu sebab tak pernah jahit baju berlaining. Suka sangat sebab berjaya jahit dengan kemas. satu lagi ilmu tanpa sedar. 
  2. tangan di jahit getah.
  3. jahitan kaki maxi dress - tak pandai guna tapak kelim. Tapi jahitan tetap nampak sama macam guna tapak kelim kan.Emmmm rahsia tau.
Dari tak tahu jahit zip sorok, kini dah pandai. Tak pandai jahit alas leher macam kedai kini dah pandai. Tak pandai jahit alas di zip sorok kini dah pandai. Betul la kata orang 'practise make perfect'. Betul tak senaaahhhhh..... Bye.

Nota kaki : maxi dress kemas dan cantik sekali. Ikut mata kite la, orang lain kite tak tahu hihiihih.


7 comments:

gadisBunga™ said...

cantiknya!! kemas jahitan awak cikmelor!

Cik Melor said...

gadis bunga
tq bagi pujian. kite sebenarnya bukan minta di puji. just tayang je. Maklum la hobi suka tayng hihiihih

Tina Zaher said...

Salam.. Ambil tempahan maxi dress getah kat pinggang x?

Uchu_ Mazrina MD said...

Haaa ni la yg saya cari..ada customer saya nk suruh buat bju jubah tspi kain bidang 45' corak bunga menegak pada kain pening juga nk pikir..tq sangat cik melor besar pahala..

nur.. said...

macam mane kita nak ambil potongan kt pinggang tu??

nur.. said...

macam mane kita nak ambil potongan kt pinggang tu??

Anonymous said...

Cantik..Mohon copy pic ye...Tqvm