17 August 2014

Kamera Salah @ Puan Kamera Yang Tak Pandai


Hai senahhhh...... tengah buat apa tuuuuuu........ Haha mesti tengah guling-guling cantik punya lending memasingkan. Almaklum la kekenyangan tiap minggu ada 'openhouse' kan. Kite pun sama kenyang membuntal awak senah eh hahhahaah....

Senah, senah nak tahu? semalamkan kite gi 'openhouse' tau. Nun di sungai lui. Disebabkan jauh dan 'make woh lasat' = sesat  maka lambat la kite sampai. Sesampai je banyak benda yang dah habis. Itu pun tidak ai kisahkan janji permintaan my hero dapat kite tunaikannnnnn.....

Lepas magrib kami tolak balik ke kl melalui jalan berbukit, kata tuan pengarah ini jalan lama nak ke langat. Tengah-tengah perjalanan tu kami berenti di satu tempat yang sangat cantik. First time kami ke situ. Dia punya pemandangan malam sangat cantik tau senah eh. Romantik abis la klu bagi pasangan yang tengah bercinta hihiihih.

Kami landing di satu gerai van pekena kerang bakar bersambal fuh sedap senah eh. Pijar bibir kite dek kerana megisap kerang. Bagi kite harga yang di kenakan pun berbaloi. 2 bekas polisterin kerang bakar + kopi o + 2 teh o ais + mineral botol kecil + 11 batang makanan yang  dicucuk ngan lidi semua rm25 inggit je awak senah eh.

Cuma keadaan tempat duduk tu je yang tak berapa nak ok. Belah kiri kereta duk lalu lalang, belah kanan cerun bukit awak senah eh. Dah gerai  tepi jalan, sendiri kena paham la kan. Nak selesa bagai baik pergi makan kat hotel kan senahhhhhh....

Lepas tu kan senah, kite tembak la sekeping dua kunun nak buat kenangan sesambil menayang ngan senah. Tapi heran la senah eh. Asal tembak malam je, mesti gambar jadi lagu tuh. Kenapa ya senah????? Bye.


8 comments:

Mila@Rimbun said...

ini view KL waktu malam yer?

Kut kena tukor mood malam kut (memandai jer ngomen, bukan pandai pong hihi)

Cik Melor said...

mila
kamera kite kamera murah je n dah guna mood malam la tuh. stilllllll jadi lagu tuh.

Unknown said...

cik melur, utk night mode macam tu kena guna tripod. supaya gambar tak bergoyang, and beli lens yang aperture besar, macam f/1.2 / f/1.8... supaya time malam takda la gambar gelap sangat.

Mohd Firdaus said...

Exif gambar ni ada tak?..
Ada guna tripod?

Cik Melor said...

dean amir
kamera jenis olympus digital fe5020 je dik.

Cik Melor said...

mohd firdaus
sori la akak ni bukan la pro just suka-suka hobi je. apa maksud exif tu. tripod pun akak xde. semata-mata amera kecik yang senang nak di selit dalam handbag aje dik oooiiii.....

Ana Jingga said...

unik lah pula gambar tu cik melor..goyang kut time nak ambil gambar tu hehe

Cik Melor said...

anajingga
mungkin kuk goyang tangan dah tue katakan hihiihih