Thursday, August 14, 2014

Adusss..... Ini bag sudah bikin malu laaaaa

Sapa pernah malu tak tersangka. Akak pun ada juga benda yng malu tak tersangka-sangkakan. Akak melor ni senah wehhh ada la juga hobiiiiiii..... kumpul beg tangan. Takde la kolek beg mahal2 sekadar yang sedang2 aje member tak kerja mana mampu pakai brended  senahhhhhh. Nak jadi cerita satu hari tukan akak tetiba je rasa nak melaram. So akak pun tukar la beg lain. Biasanyer akak selalu duk pakai beg jenama  lc lizz claibone gitu. Uuuiiiiii.... hadiah besday tu dari tuan pengarah. Walaupun tak cantikmana tapi dia punya kulit bagus la senah. Henyak macamana pun tetap utuh takde la nak rosak tak tentu pasal

senahnak cerita pasal handbag la kali ni. Apa taknya hari-hari tengok blog-blog yang duk tunjuk koleksi handbag masing-masing. Terliur la juga melor dibuatnya. Melor pun minat la juga buat koleksi beg tangan ni. Nak kata banyak tu tak da la tapi ada la juga 2, 3 biji dalam simpanan. Sebab dalam simpanan ada 2, 3 biji ni la yang bikin cerita memalukan berlaku dalam hidup ku.

Satu hari tu kan, melor pergi la kat satu pasaraya konon-konon nya nak beli barangan la sikit. Dengan penuh kelembutan ku hayung langkah kaki memasuki pasaraya terasa diri "akulah perempuan melayu yang terakhir" ketika itu ha!ha!ha!. Selesai urusan memilih barang melor pun terus le pergi ke kaunter berbaris menunggu giliran untuk buat pembayaran. Sampai giliran ku melor pun angkat barang keatas meja bayar. Setelah di campur tolak melor bayar terus keluar. Kat luar pintu pasaraya ada orang menjual murtabak. Teringin la pula nak makan murtabak maka terjadi la dialog macam ni:

melor : bang bagi murtabak sebiji. Bungkus ya

penjual : ayam @ daging

melor : ayam sambil tangan meraba dalam bag mencari duit.

melor : bang tak jadi la beli. (Dengan muka malu + tebal) saya tak cukup duit

penjual : mukanya berubah kelat (marah kut)

rupa-rupa nya melor lupa masukkan semua barang dalam beg baru setelah menukar beg. Nasib baik masa dalam pasaraya tu duit yg ada cukup-cukup untuk bayar barang







No comments: