Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Kareem 2 All


Assalamualaikummmmmm senaaaaahhhhhhh..... Selamat posa untuk semua pembaca yang silent reader dan juga gege reader aka bising reader lah hahhahahahha... 

Hari nih 1st day posa bagi hero akak tau. Dengan mata tertutup mulut tenganga habis gak sepinggan nasi  di kunyah huhuhuhu......Anak jantan nan sorang baru belajar berposa senah wehhhhh. Harap-harap dapat lah hero akak nih habiskan puasa hari pertama dia.

Jangan tak tahu senahhhhh..... Akak umpan diaorang nih dengan 1 ringgit 1 hariiiiiii supaya bersemangat mereka nak puasa. Bukan apa senah saja je nak berseronok dengan anak-anak.

Entah kenapa akak rasa seronok sangat nak posa tahun nih. Tertunggu-tunggu, ternanti-nanti, terconggak-conggak, itu le perasaan akak sebelum tarikh posa di umumkan. Bila dah tahu posa, awak suka sanggggat tau senah. So posa lah kite senah  hari niiiiiiii.

Lepas tu dah posa, dalam kepala duk fikir emmmmm.... apa aku nak masak bila berbuka nih. Dulu masak boleh cincai-cincai sebab sorang. Bila berdua tu masak simple-simple. Now berempat kenot simple-simple lagi. Mesti masak beriya sikit. Adusssss peniiiiiiing akak senah weh. Almaklum le, kite bukanyer juara di dapur huhuhuhuuh......

Senah  nak masak apa buka posa hari nih?

1 comment:

Yati said...

Hari ni yati masak ayam masak merah, sup fishball, ulam kacang botol untuk berbuka. Selamat berposa, Melor. :)