Agaknyer hari nih hari malang akak melor. Tak semena-mena keluar rumah ehhhhhh..... boleh lak dia lupa kunci rumah. Bukan setakat kunci rumah dengan kunci kereta sekali dia lupa.
Alkisahnyer, akak melor nak le ngatar si dara tu gi sekolah kul 12 tengahari tadi. Baik punya layan makcik google menyanyi lagu feberet dia. Akak melor tarik daun pintu 'dam' bunyi dia. Lepas tu senah akak menjerit ala-ala jeritan ziana zain. Si dara terkejut napa buuuuuu. Alaaaaa.... ibu lupa ambik kunci rumah ngan kunci kereta. Macamana nih?
Nasib baik tak lupa handbag. Selamat tpon, kalau tak susah juga nak minta bantuan. Cuba call kawan nak tumpangkan si dara ke sekolah huh, member lak x hantar anak sekolah hari nih. Nampak nyer kite kena menapak je lah ke sekolah. Akak, si dara, makcik google pun menapak le ke sekolah di temani panas terik dan di selangi teduhan pepohon bandaraya.
si dara : ibu penat juga ye gi sekolah jalan kaki
ibu : emmmmmm....
si dara : biar kakak jalan sendiri aje lah ke sekolah
ibu : tak boleh. zaman sekarang ramai orang jahat. pantang leka ade je yang kena culik.
Sambil jalan sambil call tuan pengarah. Adusssss dia tengah meeting lak. Berjanggut la nak nunggu dia balik. Call kawan, saja je nak sembang hilangkan resah di hati. Ehhhhh..... baik lak hati dia nak datang ambik kite kat sekolah bawak balik rumah dia sementara tunggu tuan pengarah sampai balik.
Dah selamat buka pintu, layan makcik google makan, masa buat air 'oo' untuk makcik google boleh lak lupa niiiih, tekan button stop air panas, udahnyer melimpah-limpah la air panas atas kabinet dapur. Kenaaaaa... lak bersihkan kabinet dapur. Tau je la kalau nak bersihkan banyak barang yang terlibat. Adusssss
Siap bersih akak melor stat kete gi ambik si hero balik sekolah. Tengah syok Q nampak lak orang xcden belakang keta kite. Ngeri 1st time nih tgk orang xcden depan mata. Melambung mat motor tu senah wehhhh... eeeeeee..... tak suka, tak suka tau. Tengok benda gitu. Nanti jiwa kite beremosi. Bukan setakat sehari 2, boleh melarat berminggu-minggu tau.
Sampai rumah kepala masih terfikir2 apa jadi dengan mat motor tuh. kasihan dia. Mati kah dia. Sebab akak melor nampak dia tak bererak-gerak lepas jatuh tuh. Kasihaaaan..... Bye.
11 comments:
satu hari yang serba tak kena ...
Assalam,
istigfar dan berzikir utk ketenangan emosi.
saya pernah juga kena camtu tapi dgn husband saya so sejak tu kami tukar kunci bila keluar kena lock guna kunci so tak la terlupa kunci kat dalam rumah...
Banyak fikir di minda kut, relax enjoy satu benda satu benda at one time ;) .
kesian betul... sabar ye..
suzie
yup 1 hari yg serba tak kena. dan cheq pun fikir " dosa pakah yang telah aku lakukan hari ini????"
mamawana
tq. memang itu lah yg selalu di lakukan bila resah melanda diri
suzie
hihihhi. risau kan
tukang kebun
mungkin di minda byk benda bermain. maklumlah kain dah bertimbun tunggu di sentuh.
jassnani
hari malang saya
selalu mcm tu, klu ada hal yg tak best blaku mesti sampai 2,3 ada pkara lain yg menyusul, kan...
mungkin sbb dah panik masa kejadian ptama tu, jadi otak kita pun blum pulih sepenuhnya tu yg terus2 terbuat silap/lupa utk pkara2 lain tu.
Post a Comment